ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 March 2011

hantu dan jembalang semenanjung yang terbang ke serawak



Rakyat Sarawak sudah banyak yang mengetahui tentang rahsia KM Sarawak Taib Mahmud yang menghisap darah rakyat Sarawak. Sebab itu Sarawak tidak pernah menjadi negeri terkaya walaupun di perut buminya terdapat harta yang bernilai iaitu minyak.

Siapakah yang menjadi kaya raya di Sarawak sekarang? Siapa yang sedut hasil minyak dan balak di Sarawak?

Mereka ini adalah `hantu' dan `jembalang' yang mungkin dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu berucap di dalam Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di kampung Boyan-Gersik, Kuching semalam.Katanya, " Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (petikan Malaysiakini).

Rakyat Sarawak juga harus ingat, selain dari `hantu' dan `Jembalang' yang telah berpenunggu selama lebih kurang 30 tahun memerintah, terdapat `hantu dan jembalang' yang lebih `power' akan datang untuk menghisap darah mereka di bumi kenyalang ini. `Hantu' dan `Jembalang' ini datang dengan `sayap terbang' dari Putrajaya melintasi lautan luas dan akan memomokkan rakyat Sarawak. Makhluk ini lebih merbahaya kerana di Semenanjung sudah banyak menjadi mangsanya. Di Semenanjung, makhluk dari Putrajaya ini sanggup melakukan apa saja atau bersekongkol dengan sesiapa sahaja hatta pengedar video lucah asalkan hasrat mereka tercapai.

Adakah rakyat Sarawak akan menerima kata-kata mereka yang bersekongkol dengan kegiatan lucah ini? `Hantu' dan `Jembalang' dari Putrajaya ini amat khuatir jika `sarang' mereka di Putrajaya dimusnah dan dirampas, justeru itu mereka mahu rakyat Sarawak bersama mereka. `Hantu berkepala botak' dan `Jembalang bermuka lebam' ini sudah banyak menipu manusia. Kedua makhluk ini sanggup menyamar menjadi orang susah ketika cuba mempengaruhi rakyat yang susah di Sarawak, hatta diminta mengecat rumah atau masjid pun mereka sanggup. Di suruh menaiki perahu menyeberang Sungai Sarawak pun mereka akan lakukan. Tetapi, setelah mendapat apa yang diingini mereka akan kembali terbang bersayap ke sarang mereka di Putrajaya.

Rakyat Sarawak mesti renung seketika, sampai bila mahu hidup susah di negeri yang kaya dengan balak dan minyak? Jangan dilihat kerja amal mereka pada waktu ini menjelang pilihanraya, tetapi renungkan berpuluh tahun kebelakangan ini apa yang mereka buat untuk rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak tidak boleh makan kenyang dan harga barang menjadi murah dengan hanya melihat isteri baru yang muda dari KM mereka sahaja.

Justeru itu, jadilah rakyat yang bijak menilai dan tidak terus diperbodohkan. Inilah peluang untuk rakyat Sarawak mengubah nasib mereka. Jika PR memerintah Sarawak dan rakyat Sarawak masih juga susah, maka rakyat Sarawak perlu juga cerdik untuk mengubah kerajaan yang lain pula. Berani untuk mencuba sesuatu adalah satu tindakan bijak, tetapi tidak berani untuk berubah merupakan satu kejahilan yang akan terus berpanjangan.

No comments:

Post a Comment