ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 March 2011

kenyataan datuk TONGGENG bapak konsipirator lubang jubor najib yang kantoi....!!!

Video seks: Datuk T mahu media, NGO bentuk suruhanjaya tentukan ketulenan




Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam, mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut.

Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih mengenai dirinya “Datuk T” berkata, oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video, maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya.

“Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin (semalam), saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini (28 Mac),” kata Datuk T dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

“Oleh itu, saya minta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut,” katanya lagi.

Jutseru kata Datuk T, suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.

“Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu,” katanya lagi.

Katanya, jam tangan jenama Omega yang ditemui di bilik di mana ahli politik tersebut mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing juga akan diserahkan kepada suruhanjaya berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

“Biar publik dan dunia menjadi hakim,” katanya lagi.

Malah kata Datuk T, dia tidak akan menyerahkan rakaman kepada polis atas alasan Anwar akan mengalih tumpuan sambil mendakwa pihak berkuasa itu bersongkol dengan kerajaan jika hasil siasatan tidak memihak kepadanya.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polis itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks lewat bulan lalu.

Petang semalam, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks itu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.-TMI


aku bersetuju betul dengan pandangan gb

Pertama,

bagaimana batang tubuh yang memegang video lucah itu mengetahui bahawa ia adalah rakaman asal video berkenaan jika bukan beliau sendiri yang terlibat di dalam menghasilkannya?

Kerana sebelum ini dilaporkan bahawa:

Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.

Yang ditemui itu mungkin salinan, mungkin yang telah diubahsuai, mungkin telah mengalami sentuhan perisian komputer, BUKAN RAKAMAN ASAL.

Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu konspirasi yang kantoi.

Kedua,

ketulenan pita itu memang diragui kerana dewasa ini CCTV yang murah pun adalah jenis berwarna. Tetapi video lucah yang dipertontonkan itu adalah hitam-putih. Tidak sukar untuk memberi jawapan mengapa rakaman itu sengaja dihitam putihkan oleh para konspirator - iaitu untuk melindung dan memadamkan kesan "superimposed" yang jelas tampak jika ia di dalam keadaan berwarna sekalipun di tahap 8 bits/channel. Malah tahap warna hitam di skala grey scale itupun dipertingkatkan untuk tidak menampakkan sebarang kesan ton warna.

Ketiga:

Datuk T berkata:

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Besar sangat pangkat DATUK kamu sehingga boleh mengatasi undang-undang dan tidak mahu menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa?

Ini menunjukkan kamu adalah sebahagian dari kumpulan yang melakukan konsprasi itu.

Keempat:

Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

Sekali lagi persoalan DNA ditimbulkan. Saya katakan bahawa jam itu mungkin jam Anwar dan DNA mungkin sepadan tetapi ia tidak menjelaskan apa-apa hubungkait mengenai video seks berkenaan. Kerana anda mungkin sebagai anggota polis SUDAH mempunyai simpanan DNA Anwar yang boleh dicalitkan di mana-mana sepertimana dicalitkan didubur Saiful!

Kelima,

kalau kamu anak jantan, kita cabar Datuk T itu usah berselindung. Dedahkan diri kamu siapa jika benar kamu seorang yang disuruh oleh Anwar mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tersebut?

Setakat artikel ini ditulis, Datuk T belum ditahan sedangkan Anwar sudah membuat laporan polis. Semakin jelas kini siapa beliau sebenarnya.

Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.

No comments:

Post a Comment