ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 March 2011

kurang ajar punya anak tamby chick ...dah rogol anak bawah umur...nak ajak wan azizah tonton video lucah bersama sama....!!!





Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
, salah seorang “Datuk T” sekali lagi menegaskan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah sebenarnya mahu menonton rakaman video seks yang kononnya melibatkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi.

Selain Abdul Rahim (gambar), dua lagi Datuk T adalah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kata bekas ketua menteri Melaka itu, hanya Dr Wan Azizah yang boleh buktikan lelaki dalam video seks itu Anwar atau pun tidak.

“Dr Wan Azizah nak video itu dihantar sendiri kepadanya tetapi Datuk Shazryl takut video seks itu terdedah.

“Hanya Dr Wan Azizah tahu siapa lelaki dalam video seks itu, siapa lelaki dalam video itu sama ada suami beliau atau tidak,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun semalam Dr Wan Azizah (gambar) berkata beliau tiada keinginan untuk menonton video seks itu.

Abdul Rahim juga menafikan dakwaan bekas ahli majlis tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin bahawa Datuk T memintanya menjadi “orang tengah” untuk menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

“Beliau (Badrul Hisham) yang menawarkan diri untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah, kita tidak minta pun.

“Tapi akhirnya ia tidak jadi kerana kita tak mahu video itu jatuh ke tangan orang lain,” katanya.

Semalam Badrul Hisham berkata beliau diminta oleh Datuk T agar menjadi “orang tengah” untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

Abdul Rahim juga mengejek Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar.

Selain Johari, Badrul Hisham juga menafikan lelaki dalam video itu adalah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

“Dias (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?

“Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama,” katanya.

Awal minggu ini,”Datuk T telah menayangkan videk seks itu kepada media pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Selain media, rakaman video seks itu juga turut ditayangkan Johari dan Badrul Hisham pada hari sama.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Abdul Rahim meletakkan jawatan dengan serta-merta selaku Pengerusi Risda kerana terlibat dengan pendedahan video seks itu yang disifatkan sebagai jenayah.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat Risda di sini sebagai membantah pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu.

“Abdul Rahim kena meletakkan jawatan dengan serta-merta kerana terlibat dengan aktiviti jenayah.

“Beliau (Abdul Rahim) sendiri yang mengaku terlibat dengan pendedahan ini dan beliau perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kata beliau, pihaknya mengecam secara keras tindakan Datuk T dan mendesak agar politik berunsur jahat dan fithan yang dibuat terhadap Anwar dihentikan.

“Kita tegas dengan pendiria mengecam kempen politik jahat dan fitnah yang dilakukan terhadap Anwar.

“Kita mesti hentikan politik khianat dan keji ini,” katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata beliau telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Abdul Rahim sambil mendakwa wujud amalan rasuah dalam pendedahan video seks itu.