ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 March 2011

BN nak tarik nafas lega apa dengan kemenangan berturut turut prk baru baru ini...kalau menang tak berbaloi dengan kempen menipu ,menfitnah dan apa yang telah di belanjakan...!!!!



Barisan Nasional tidak boleh menarik nafas lega walaupun memenangi Pilihan Raya Kecil Merlimau dan Kerdau baru-baru ini.
Majoriti kemenangan BN di kedua-dua tempat walaupun bertambah, langsung tidak beri kesan signifikan.

Kalau dahulu tahun 2008, majoriti 2100, tapi kini kira-kira 3600 tapi bukan sampai 4200 sampai kita merasa gusar. Walaupun banyak duit dibelanjakan tapi tidak dapat majoriti yang beri kesan signifikan kepada petugas parti tidak kira PR atau BN,..

Pada PRK Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi. BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Manakala di Merlimau calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.
kita  optimis dengan kekalahan itu sambil menyambut baik keputusan ini dan yakin pengundi akan menyedari hakikat sebenar menjelang Pilihan Raya Umum akan datang apabila BN tidak mampu memberi tumpuan terhadap janji-janji mereka.

Namun  keghairahan UMNO berbelanja untuk memenangi PRK tersebut tidak bersesuaian dengan undi yang diberikan.

Kita  kesal dengan tindakan tergesa-gesa BN Melaka pimpinan Datuk Wira Ali Rustam yang mula menjalankan projek mee segera mereka sejurus pengkebumian penyandang, Allahyarham Datuk Khidir Hassan 20 Januari lalu.

Di negeri lain projek mee segera bermula sejak penamaan calon tapi di sini (Merlimau) ia bermula selepas pengkebumian. Kalau diikutkan, PAS sepatutnya sudah hilang wang pertaruhan.Namun berjaya  kekalkan sokongan. Kalau tengok dari segi imbuhan kepada pengundi. Kalau ikut dari janji yang dibuat PM dan TPM di kedua-dua tempat, PAS sepatutnya sudah hilang wang pertaruhan...

PRK Kerdau dan Merlimau merupakan perlawanan ketiga dan keempat berturut-turut PAS dan UMNO selepas Manik Urai dan Tenang yang menyaksikan pertembungan calon UMNO dan PAS mewakili BN dan PR di kawasan bermajoriti Melayu.

UMNO menggunakan peluang ini untuk menggula-gulakan pengundi dan memainkan isu perkauman dan menyebar fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini berbeza  dengan UMNO  yang mana kempen PAS dan Pakatan adalah jauh lebih konsisten dan berteraskan agenda bersama Pakatan Rakyat  iaitu dalam menyebarkan isu ketidakadilan dalam masyarakat.terutamanya  isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan semua ini adalah prinsip  yang dipersetujui semua Parti Pakatan Rakyat. Jadi kalau PAS lawan UMNO dalam itulah isu yang dimainkan pun supaya rakyat dapat melihat hasil pentadbiran PR  dalam 5 negeri...

No comments:

Post a Comment