ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 March 2011

PAS/PR dan pro PR perlu halang propaganda UMNO dari merosak mentaliti orang melayu....!!!!



Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu;

* PAS dipergunakan oleh DAP.
* PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
* PAS derhaka kepada Sultan.
* PAS dilihat terlalu berlembut dalam mempertahankan hak istimewa orang melayu.
* PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
* PAS asyik nak bangkang sahaja.
* PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
* PAS suka mengutuk orang.
* PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
* PAS tiada kredibiliti kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan dosa liwat.



Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya pada setiap masa.

Fakta-fakta di bawah perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi palsu di atas. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka semakin termakan dengan propaganda UMNO dan BN.

* PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul DAP ganti PAS.

* PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam. Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama.

* PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan dan sampai ada UMNO yang kata ‘menatang’ kepada Sultan.

* PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah ‘ali baba’. Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan.

* PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu akan kembali kuat dan dihormati.

* PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah dan masjid pun boleh runtuh.

* PAS sentiasa menghargai inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya jauh lebih murah.

* PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat.

* PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata.

* PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah.

Dengan ini Orang melayu tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS. Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang menyokong PAS dan PR perlukan satu ‘gencatan senjata’, sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13.

No comments:

Post a Comment