ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 May 2011

Bagai seekor penyamun larang kawannya seekor lanun jangan merembat reta awam...!!!



Desakan Pemuda Umno Malaysia agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol seolah-olah tindakan seekor penyamun mendesak kawannya  yang juga seekor lanun untuk jangan merembat reta awam

Begitupun, kita  menyambut baik desakan Pemuda Umno itu.kita cuba menilai dari sisi positif desakan ini, yang nampaknya serius kerana ketuanya juga melalui akaun laman sosialnya turut menyatakan "telah mengarahkan mana-mana Pemuda Umno Bahagian yang belum bermesyuarat untuk membawa usul jangan naik harga petrol ini”.

Ini, kunun kunun menggambarkan seriusnya mereka dalam tindakan itu.kita berharap  usul desak tidak naik harga petrol ini akan menjadi usul utama Mesyuarat Agung Pemuda Umno Malaysia kali ini kerana arahan telah dikeluarkan.

secara  tradisi dalam Umno yang tanpa arahan mereka akan diam walaupun kenaikan harga minyak tetapi apabila arahan itu berlaku pasti mereka akan bawa usul itu kerana arahan.Memahami Pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya mungkin saja tindakan itu ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal rejim.

Desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat.Namun dalam sisi yang lain ia seolah-olah tindakan seekor  penyamun mendesak kawannya yang juga seekor lanun  untuk jangan merembat reta awam

Rakyat sudah tentu tidak lupa dengan tindakan ahli-ahli parlimen BN termasuk ahli parlimen dari pemuda Umno yang pernah mengangkat tangan dalam sesi undi belah bagi dalam parlimen Malaysia awal penggal ini yang menyokong kenaikan harga bahan bakar yang merupkakan pada ketika itu tertinggi dalam sejarah negara.

Masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat.Masalah utamanya,  ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan rejim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar.

Kita  memandang serius perkara ini, kenaikan seolah tidak dapat dibendung. Regim begitu lemah seperti hilang kreativiti mentadbir ekonomi sehingga membiarkan rakyat lemas dalam pasaran terbuka.

Kita  juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihan raya umum menteri akan mengumumkan di mana kononnya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno, maka harga minyak kekal..Lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihan raya harga naik mendadak pula.

No comments:

Post a Comment