ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 May 2011

UMNO lembukan rakyat...!!!




Umno “memperbodohkan” rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui “pembohongan” semata-mata untuk berkuasa. Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.dan di ramalkan sebelum bulan Ramadan.

Mengapa apa pimpinan Umno cemas. “... sebab apa Najib tuduh DSAI  macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.

Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang DSAI. Ini sebab mereka berasa cemas...

Rakyat terutamanya orang Melayu “diperbodohkan” dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.

Kenapa kita  kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.

Sebab itu, kita kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya..

Sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah. Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes. Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh..

Umno juga akan memperalatkan apa sahaja termasuk agama bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh mencabar kepimpinan parti itu. Kes (liwat) DSAI, bila beliau  minta dibawa ke mahkamah syariah tidak dibenarkan, malah menteri agama Umno yang halang beliau  untuk dibicarakan di mahkamah syariah.

Jadi ini macam mana? Bila DSAI  mahu cabar di mahkamah syariah mereka halang Ini merujuk kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Sudah tiga tahun tapi tiada apa yang berlaku, DSAI  tidak buat tapi kata  beliau  buat.

Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah. Mahkamah akan menentukan sama ada Anwar akan dipanggil bela diri ataupun sebaliknya pada 16 Mei ini.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar juga berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” Mac lalu kononnya melibatkan beliau, tetapi telah dinafikan.

No comments:

Post a Comment