ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 May 2011

kerajaan Barang Naik dan rakyat di mamposkan dahulu......Minyak dan barangan berbondong bondong naik..kerajaan masih nak naikkan tarif elektrik...



Tidak ada sebab kerajaan menaikkan tarif elektrik di negara ini kerana peruntukan RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi gas yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), bertujuan untuk mengurangkan tarif tersebut.

Sekiranya dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah berbanding Malaysia walaupun mereka tidak memperuntukkan subsidi kepada syarikat seperti IPP.

Selama ini, subsidi gas diberikan kepada syarikat besar IPP dengan tujuan untuk mengurangkan tarif elektrik kepada rakyat, tetapi tarif elektrik di negarakita lebih tinggi daripada jiran yang lain seperti Thailand.

Ini bermaksud kerajaan sepatutnya boleh potong peruntukan subsidi kepada syarikat IPP dan pada masa yang sama mengurangkan tarif elektrik.Thailand tidak ada subsidi gas diberikan kepada syarikat seperti IPP tetapi tarif elektrik mereka jauh lebih rendah,..

Sekiranya penjelasan kerajaan bahawa kenaikan tarif itu perlu berikutan subsidi IPP tidak dapat ditampung, ia tidak bertepatan dengan realiti sebenar.Apa pun, tindakan samada menaikkan harga minyak RON 95 atau tarif elektrik tidak boleh menutup mata rakyat kerana rakyat sudah celik. Mereka tahu hasil kekayaan negara ini diurus secara salah oleh kerajaan.

Rakyat pertama sekali yang akan merasa terkesan. Sepantas kilat, harga barangan akan turut naik kerana peniaga akan mengalihkan beban itu kepada pengguna.Ini menunjukkan BN tidak boleh mengurus ekonomi dalam masa jangka pendek dan menyelesaikan masalah ekonomi secara holistik dalam jangka masa panjang.

Kita juga menolak kemungkinan harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan kerajaan berikutan peningkatan tarif berkenaan.Peningkatan tarif elektrik ini juga tidak dapat membendung kemarahan rakyat jika dikatakan RON95 tidak dinaikkan. Jelas RON95 akan dinaikkan kerana ini adalah janji BN kepada rakyat..

Sebenarnya kerajaan bermuka-muka apabila membuat keputusan itu yang bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas menolong rakyat kerana sehingga hari ini kita tidak dapat lihat apa yang diberi kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkanbeban mereka.

Justeru kita  menyeru rakyat menilai semula kerajaan yang ada, apakah mereka mengutamakan kebajikan rakyat selari dengan slogan yang dilaungkan selama ini.
Rakyat boleh lihat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak punyai iltizam untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat. Mereka tidak pernah berniat baik untuk menolong rakyat, tetapi yang berlaku mereka yang menindas rakyat dengan kenaikan harga..

Laporan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan kenaikan kadar tarif elektrik dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini.

Menurut laporan itu, kerajaan telah meluluskan kenaikan tarif berkenaan yang sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikan harga gula juga dibuat pada masa yang sama.Akhbar itu yang memetik sumber berkata, kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat.

No comments:

Post a Comment