ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

29 May 2011

UMNO perbodohkan rakyat tapi pedajjalkan KWSP RM 6 billion....kalau tak bangkrap kenapa pinjam...???..!!!!



Kalau pasal berbohong, takdak orang lain dah dalam dunia ni, dah tentu puak-puak Umno-BN. Kalau zaman dulu bolehlah puak-puak barua Umno-BN kelentong rakyat dan perbodohkan rakyat tapi sekarang zaman dunia terbuka. Maklumat hanya di hujung jari.

Tapi ada lagi pemimpin Umno-BN buat bodoh je pi kelentong rakyat konon Felda antara agensi kerajaan yang mempunyai keuntungan yang tinggi. Kalau sembang dengan lidah takdak tulang, orang gila pun boleh jadi pemimpin macam puak-puak pedajal khazanah negara tu.

Orang dah cakap Felda makin nak pupus, rezab Felda merosot teruk tapi hangpa duk nafikan sambil cakap Felda untung banyak.

Kalau betoi la hangpa cakap Felda tu untung banyak, hangpa pandai mengurus Felda, habis kenapa hangpa duk pinjam lagi duit dari KWSP tu. Bukan sikit bro..RM6 bilion tu.

Kalau dah hebat dan kaya dah, kenapa duk pinjam lagi. Hangpa pedajal wang RM6 bilion tu kot mana pulak dah. RM6 bilion tu hangpa dan pi hanguskan kat mana pulak.

Semalam Harakahdaily melaporkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, Anak menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.

"Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?

"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan keseluruhannya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa Felda sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada Felda diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.

Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.

"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ahmad dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.

RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda.

Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.

Pada sidang media sama, Mazlan turut mempersoal status anak peneroka yang belajar di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC).

"Walaupun peluang belajar kejuruteraan kapal terbang suatu langkah yang dialu-alukan, tetapi ia mesti telus. Felda mesti menjawab nbeberapa persoalan.

"Apakah status terkini program tersebut, berapa kos sebenar untuk seorang pelajar METC?

"Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat, Europen Aviation Safety Agency (EASA) atau British Civil aviation Regulation (BCAR)?

"Adakah benar dakwaan kos yang dibayar oleh Felda terlalu mahal? Setakat manalkah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh?" soalnya.

Tambahnya, Anak menerima laporan bahawa sebanyak RM260 ribu diperuntukkan untuk seorang pelajar.


warkahdaily

No comments:

Post a Comment