ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 May 2011

UMNO candukan rakyat dengan budaya khianat,menindas dan tak bermoral....!!!!



Majoriti golongan kayanya yang bilangannya sangat kecil ialah kroni UMNO yang tinggal di kota. Majoriti golongan sederhananya yang bilangannya tidak begitu membanggakan tinggal di bandar dan pinggir bandar. Pada hakikatnya, orang Melayu yang tinggal di desa dan pedalamanlah yang mundur dalam serba-serbi. UMNO mensengajakannya tetapi anehnya golongan inilah yang terus dipergunakan untuk kelangsungan hayat kuasanya.

UMNO telah menggagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Buktinya ekuiti Melayu hanya sekitar 19% sahaja. Ada RM54 bilion saham Bumiputera habis dikaut hingga tinggal RM2 bilion sahaja. Tanah Simpanan Melayu (TSM) disapu hingga tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Penjajah yang bagi 3 juta hektar TSM ternyata jauh lebih bagus daripada UMNO. Bagi tanah kepada peneroka FELDA sampai la ni peneroka tidak menguasai perusahaan getah dan kelapa sawit. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Sudahlah begitu, ditipunya peneroka dengan berbagai-bagai. Melayu-UMNO memang berahi tipu Melayu atas darat.

Orang Melayu mahu mereka dibela kerana sudah lama ditekan oleh penjajah. Sebab itu sudah lebih setengah abad mereka pilih UMNO. Tetapi UMNO khianati Melayu. Melayu mundur. Melayu tak maju. Melayu tak boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Cina. Mengapa?

UMNO mengamalkan budaya rendah. Khianat ialah budaya rendah. Kronisme ialah budaya rendah. Nepotisme ialah budaya rendah. Rasuah ialah budaya rendah. Komisyen ialah budaya rendah. Sekularisme ialah budaya rendah. Fitnah ialah budaya rendah. Samseng ialah budaya rendah. Penipuan ialah budaya rendah. Perkauman ialah budaya rendah. Lucah dan sex maniac ialah budaya rendah. Lakukan sumpah laknat tanpa mematuhi syariat Islam disebut jahil. Kejahilan termasuk dalam kategori budaya rendah. Melayu tidak akan maju dengan budaya rendah. Budaya rendah tiada kualiti. Budaya rendah tiada kredibiliti. Budaya rendah tiada integriti.

Budaya rendah telah menjadikan majoriti Melayu tidak cerdik. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka ditipu. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka diperalatkan dengan "bantuan" pilihan raya. Melayu tidak cerdik tidak sedar mereka diperalatkan dengan "bantuan" beras sekali-sekala macam SUBUR (Sumbangan Beras untuk Rakyat). Dah matikah projek SUBUR? Macam-macam cara digunakan oleh UMNO untuk memperkotak-katikkan Melayu.

UMNO guna fitnah untuk menjatuhkan lawan. UMNO guna dubur untuk jatuhkan lawan. UMNO gunakan video lucah untuk jatuhkan lawan. UMNO beri kad pengenalan kepada warga asing dan paksa mereka pangkah Barisan Nasional dalam pilihan raya. UMNO guna budaya rendah untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan buat Buku Jingga, UMNO cari sekutu untuk hentam kandungan buku itu bukannya cari idea yang yang lebih baik untuk menandingi tawaran buku itu. UMNO tidak boleh fikir jauh ke depan kerana mengamalkan budaya rendah. Dek kerana budaya rendahlah UMNO mendabik dada dapat bagi kononnya baik punya penghargaan kepada guru. Apabila guru dan orang cerdik bising hanya 2% guru yang dapat faedah dan lulusan diploma tak dapat apa-apa, baru sedar akan kebodohan, tetapi tetap tak mau mengaku, suruh cikgu-cikgu bersabar. Sudah terantuk baru tengadah. Inilah mentaliti budaya rendah.

Guru dan semua rakyat Malaysia! Berhentilah dicandui UMNO dengan budaya rendah. Kita guna budaya tinggi untuk ke mercu kejayaan. Aspek budaya tinggi yang utama ialah ilmu. Orang Melayu-Islam telah diberi akal dan naqal oleh Allah. Keilmuan akan mencerdaskan minda kita. Kecerdasan minda akan mendorong kita menganalisis maklumat yang diterima, mensintisiskannya, dan membuat penilaian, bukan setakat tahu, faham, dan guna pakai saja.

Budaya tinggi menolak sekularisme, perkauman sempit, dan aneka bentuk perlakuan negatif. Budaya tinggi menyanjungi keilmuan, kebajikan, keadilan, perpaduan, dan aneka perilaku yang positif. Pemimpin yang berbudaya tinggi sentiasa memikirkan cara untuk merakyatkan kekayaan negara, bukan untuk memenuhkan tembolok sendiri dan kroni. Anda semua tentu telah baca tentang barisan kroni yang memelihara Najib dan suku-sakatnya. Najib mengamalkan budaya rendah untuk berkuasa. Sebab itu rakyat tak dapat apa-apa. Yang dapat ialah 1 Malaysia yang pura-pura. Kepura-puraan pun budaya rendah!!!

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama perlu membentuk kesatuan atas nama mengamalkan budaya tinggi. Kita singkirkan budaya rendah. Kita buang pemiliknya jauh ke Laut Qalzum. Kita bina budaya tinggi demi ketulenan demokrasi dan perhambaan diri kepada Yang Maha Kuasa demi keselamatan di dunia dan di akhirat. Ini bermakna kita nyahkan budaya rendah yang hanya layak untuk haiwan sahaja. Cukuplah sekali kita diulit pahit getir budaya rendah.