ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 May 2011

bila pemimpin UMNO yang hanya tinggal berseluar dalam sibuk ingin memakai pakaian perpaduan....!!!



KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata demi kepentingan bangsa Melayu dan rakyat secara menyeluruh adalah wajar untuk PAS meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Ahmad berkata, perpecahan di kalangan Melayu tidak akan menguntungkan bangsanya sendiri sebaliknya perpaduan itu pula tidak akan merugikan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang umat Islam dan Melayu, hasrat saya adalah untuk melihat semua kaum di negara ini maju menjelang 2020 serta menganggap satu sama lain sebagai rakan dan bukannya lawan.

"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, hasrat saya adalah untuk melihat PAS masuk BN, saya cuba mengusahakan perkara itu..., Melayu harus berhenti bergaduh semasa sendiri..., cukuplah ia hanya membuang masa.

"Sudah lama kita bergaduh, di masjid kita bergaduh, di luar masjid kita bergaduh, di surau kita bergaduh, di kedai kopi kita bergaduh..., tiada gunanya PAS dan UMNO bergaduh lagi..., marilah kita bersatu," katanya ketika berucap pada Forum 65 Tahun UMNO di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya.
Ahmad berkata, jika sebelum ini bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein membawa PAS menyertai BN dan kemudian terpaksa keluar, apa salahnya PAS kembali semula kepada BN sebagai kemuncak kesepaduan dan kesepakatan yang boleh memanfaatkan bangsa melaluinya.

"Kebaikan juga bukan hanya membabitkan bangsa Melayu tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya kerana perpecahan itu tak menguntungkan dan perpaduan juga tidak sedikit pun merugikan," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi parti berkenaan perlu lebih kepada menjauhi DAP yang hanya akan membawa banyak kebinasaan dan merosakkan perjuangan parti itu.Katanya, PAS perlu wujud sebagai pembangkang kerana perbezaan ideologi dan dasar, tetapi masih menjadi parti yang memperjuangkan Melayu Islam yang boleh menjadi penimbangtara terhadap kepemimpinan yang dibawa oleh UMNO.

Bagi Fathul Bari, UMNO perlu lebih menampilkan imej yang lebih Islamik dalam menarik masyarakat untuk terus mendekatinya dan bukan menjauhkan masyarakat dengan mengelak pengisian yang berbentuk agama.


Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.

Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad. -mk


Ada pemimpin UMNO yang dah hanya tinggal seluar dalam, tu yang mengelitik sangat nak kan Kerajaan Perpaduan, nak ajak sama pemimpin PAS supaya hanya tinggal seluar dalam jugak seperti mereka. Banyak cantik.

Ada pemimpin UMNO sekarang lansung dah tak berseluar dalam, pun ada. Kemaluan semakin terdedah satu demi satu... fitnah tak menjadi, malah backfire kepada diri sendiri. Berniaga dengan fitnah, tidak akan beruntung malah akan sentiasa rugi. Utusan gigit jari, begitu juga UMNO dan BN punya pak menteri.

Bila Umno sudah tidak mendapat hati di kalangan masyarakat malaysia maka di katanya melayu berpecahbelah. Dia tidak sedar bahawa Umnolah yang menyebabkan masyarakat berpecahbelah bila budaya fitnah dan adu domba yang mereka mainkan selama ini. Selamat tinggal Umno.

No comments:

Post a Comment