ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 May 2011

Nyawa keluarga anwar terancam



Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah di Stadium Selayang malam tadi

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nyawa beliau dan keluarganya terancam ekoran beberapa siri insiden termasuk yang terbaru melibatkan anaknya, Nurul Izzah yang menerima SMS berbaur ugutan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menegaskan, insiden yang melibatkan kereta Mercedes Benz juga membuktikan lagi dakwaan tersebut.

Awal minggu lalu pemandu Anwar mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.

Abdullah Sani Said, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350.

Ekoran insiden itu, Abdullah Sani telah membuat laporan polis.

Tegas Anwar, mekanik yang memeriksa kenderaan itu memberitahu sistem brek yang diusik adalah satu perbuatan sabotaj.

“Saya tidak mahu buat laporan polis sehingga mekanik itu membuat satu keputusan hitam putih dan dia memberitahu saya ia adalah satu perbuatan sabotaj.

“Bila sudah dapat laporan itu baru kita buat laporan polis, nyawa (isteri saya Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) terancam... mungkin tujuan itu pada saya, tapi isteri saya (jadi mangsa),” katanya pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam tadi.

Dr Wan Azizah merupakan Presiden PKR.

Insiden terbaru, kata Anwar melibatkan anak sulungnya Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menerima mesej SMS, yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Anwar.

Kata Nurul Izzah, individu yang menghantar mesej itu memberi amaran agar tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar, yang merupakan ayahnya, dan jika tidak, perlu bersedia menghadapi nasib menimpa Sharlinie Mohd Nashar tiga tahun lalu.

Sharlinie, 5, diculik pada 2008 dari tapak permainan dekat rumahnya di Petaling Jaya dan sehingga kini masih belum ditemui.

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri karier politik ayahnya.

“Kelmarin Nurul Izzah buat laporan polis kerana terima mesej ugutan yang mengatakan kalau beri sokongan kepada saya, anaknya akan diculik... cucu saya akan diculik seperti Sharlinie.

“Ini mesej politik... bolehkah politik seperti ini? Saya, Wan Azizah dan Nurul Izzah diugut... pada mula Nurul Izzah tidak peduli bila ada orang hubungi tapi bila dapat mesej baru dia buat laporan polis,” tegas Anwar.

Nurul Izzah telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi kelmarin.

Nurul Izzah berkata beliau menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua pada 12 Mei, yang mengingatkannya tentang mesej ugutan.



penyapu sial


Kagum dengan semangat dan kecekalan DSAI dan keluarga. Walaupun telah di penjarakan. di tuduh dan di fitnah dengan begitu jijik sekali masih tidak gentar. You are one in a million DSAI. Syabas and continue the struggle!

Wahai rakyat Malaysia sedarlah kita telah di sogokan dengan pelbagai fitnah dan dakyah kerana mereka yang berkuasa masih mahu berkuasa dengan cara yang paling keji,,,. Bangun dan sedarlah mengapa mereka terlalu gentar dengan DSAI dan mereka telah menggunakan segala apa saja untuk mengakhiri perjuangan DSAI untuk menutup segala perbuatan yang keji yang telah di lakukan...

No comments:

Post a Comment