ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 May 2011

kawal pembaziran dan rasuah sebelum minta rakyat tanggung beban...sepatutnya kerajaan kena tanggung beban rakyat ...ini tidak rakyat kena tanggung pulak beban kerajaan...!!!



Kerajaan terlebih dahulu perlu membanteras amalan pembaziran, ketirisan dan rasuah keterlaluan sebelum meminta rakyat menanggung beban subsidi.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional juga perlu bersedia mengkaji semula subsidi dan pampasan besar diperuntukkan kepada syarikat kroni seperti Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) dan konsesi lebuh raya, sebelum memindahkan beban itu kepada rakyat.

Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.

Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN. Pertama kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.

Kedua, kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat...

Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran...

Kenyataan Muhyiddin juga di sangkal  kununnya , bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.

Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya.

Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya.

Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.

Ketika rakyat dihimpit dengan peningkatan kos, kerajaan pimpinan Najib juga tidak segan silu membelanjakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai.

Malah, kerajaan juga mampu meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.Senarai pembaziran Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan sebanyak RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara, sepanjang menjadi perdana menteri.

Malah, Najib juga gagal mengawal tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansur yang gemar berbelanja besar seperti menghabiskan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama di Kuala Lumpur tahun lalu.

Rosmah turut membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment