ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 May 2011

Muhyiddin Perbodohkan Rakyat dalam isu barang naik ( BN )



Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka kepada teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya marah terhadap kritikan sebegitu..
Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa Malaysia satu- satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat, kata beliau.

Kita tahu di negara barat pun sistem subsidi itu memang diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada sektor pertanian mereka dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara yang maju seperti Eropah, Jepun dan sebagainya...

Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat..Pagi semalam Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar bandar untuk mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan subsidi kepada rakyat.

Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan alasan kenaikan harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar,” kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1 Malaysia di Kampung Sungai Ular Pahang.

Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.Keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Dia (Muhyiddin) masih dalam pemikiran lamanya yang belum sedar bahawa rakyat hari ini sudah celik dan punya keberanian untuk menegur bahkan mengkritik kerajaan sebab rakyat hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya yang mengangkat kerajaan."

Dia masih lagi mempunyai minda lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat mesti dengar dan ambil apa saja yang kerajaan beri, kononnya kerajaan tahu semua,..

Muhyiddin mendakwa walaupun harga barangan naik “rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing.”
Ini bukan kali pertama Muhyiddin memberikan maklumat salah kepada penduduk luar bandar.

Pada pilihanraya Sarawak beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia.“Perisytiharaan” itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak.

Kenyataan itu bercanggah dengan ketetapan agensi-agensi antarabangsa yang masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun. Malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun.

No comments:

Post a Comment