ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 May 2011

nak nafi amendernya memang puak hang dah lama buat kerja terkutuk macam tu....pencuri dan pembunuh mana nak mengaku depa yang buat....sumpah lahanat pun sanggup depa redah...!!!

KDN nafi beri kerakyatan daftar warga asing pengundi sokong BN






Kementerian Dalam Negeri menafikan pihaknya memberi taraf kewarganegaraan penuh kepada rakyat asing termasuk 2,000 pemastautin tetap di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagu menyokong BN sebagaimana didedahkan PKR semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Liong berkata, kementeriannya tidak akan memberi langsung kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno.

“Hal ini tidak akan berlaku. Satu kelulusan pun saya tidak akan bagi apatah lagi 2,000 kelulusan kepada warga Indonesia,” kata beliau kepada pemberita selepas taklimat media di kementerian itu di sini, hari ini.

Semalam, ada kenyataan daripada PKR yang mendedahkan senjata kotor kononnya Umno mahu mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2,000 pemegang status pemastautin tetap, sekali gus dijadikan pengundi baru.

Dalam suratnya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Umno Hulu Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar didakwa memohon kelulusan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi penduduk pemastautin tetap di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2,000 orang telah dipilih, kata Zuraida semalam.

Zuraida turut menyifatkan Umno khususnya di Selangor sudah terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan cara itu.

Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan BN dalam pilihan raya umum.

Selain itu, Lee menambah, untuk mendapatkan kerakyatan bukan senang.

“Warga asing perlu menjalani prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

“Mereka (yang ingin mendapatkan kerakyatan Malaysia) perlu ada dokumen-dokumen sah dan memenuhi syarat, baru kami akan proses kerakyatan yang dipohon. Tetapi itu juga mengambil masa yang lama,” ujarnya lagi.

Beliau juga menegaskan, bukan setiap warga asing ada hak memohon kerakyatan.

“Hanya orang tertentu sahaja layak mendapatnya.

“Jika warga asing itu berkahwin dengan pasangan dari warganegara Malaysia, barulah mereka layak memohon kerakyatan itupun tertakluk kepada Perlembagaan dan bukan dalam tempoh masa terdekat,” katanya lagi.

“Saya juga tidak akan sembarangan memberi kerakyatan kepada warga asing dalam meraih undi pada pilihan raya umum ke-13,” katanya.




penyapu sial


biasa lah KDN n UMNO dr dulu kini selamanya kena penyakit sindrom nafi,lps nafi buat cover up..org salah mcm tu lah...dlm umno ni tiada yg mustahil

Apa terjadi di Sabah, pemegang IMM13, Pas lawatan & passport di beri kerakyatan. Apa lagi PTI yang tiada documen pun boleh mendapat IC malaysia.

No comments:

Post a Comment