ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 October 2011

apa nak herannya...ugutan peluru bermaharajalela...tak terperanjat kalau samseng UMNO dan PDRM bersekongkol jadi dalangnya...!!!

Aziz Bari: Peluru tak patahkan semangat saya


Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak di Kuala Lumpur bagi memberi keterangan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping Perak.
"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut...pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan itu hari ini.
Abdul Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.
Tindakan Abdul Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai 'kurang ajar'.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan polis Abdul Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.
Beliau berkata motif ugutan masih lagi disiasat dan mengesahkan jenis peluru yang digunakan ialah jenis caliber 9mm.

UMNOPORNO...dah tergamak ' meliwat ' anwar....tak heranlah kalau tergamak meliwat geng sendiri...memang sah UMNO gila sex luar tabiiii..!!!


SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.
Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an.
Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu.
Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja.
Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja.
Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga.
Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi.
"Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, "ceritanya.
Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah," sambungnya tanpa segan silu.
"Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?" tanya penginterviu itu.
"Sebentar saja tak sampai setengah jam.." jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah.
Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. "Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak...dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.," jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah.
Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat.
Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini... termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak.." katanya.
Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu.
Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu.
Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis.
Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat?
Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri.
Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi.
Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga.
Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan.
Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri.

msomelayu

Enggan Sahut debat Anwar, dedah Najib memang tak kote....!!!

 

Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.

Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.

Begitu juga jika Najib berdebat dengan Anwar, beliau mungkin ‘demam’ selepas itu..

Sebagai  memberi contoh bagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 misalnya membuktikan betapa teruknya pentadbiran Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Pelbagai Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sepakat dan bersetuju agar perdebatan antara Najib dan Anwar harus diadakan segera supaya rakyat boleh membuat pertimbangan.

Beberapa NGO yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti mahasiswa, pertubuhan Islam dan gerakan anak muda akan terus membuat desakan tersebut.

Mesyuarat antara NGO itu juga bersetuju untuk menghantar memorandum khas secara terus kepada pejabat Datuk Najib dalam masa terdekat.

Memorandum itu juga adalah susulan surat jemputan yang sudah pun diserahkan Akademi Pak Sako sebelum ini

Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.

Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.