ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 July 2010

Majlis Ulama Indonesia Haramkan Gossip Artis (Infotainment) ....majlis ugama negara kita bila lagi....apa nak tunggu ular mamak jadi ular dalam semak ke...????

Kalau di Indonesia, di setiap rangkaian televisi pasti ada slot yang membincangkan hal ehwal artis termasuk hal-hal pribadi artis2 Indonesia. Dalam bahasa orang dulu-dulu, infotainmen ini adalah rancangan TV berkaitan "hal2 dalam kain" para artis Indonesia.

Kalau di Malaysia, kita biasa panggil "gossip artis". Di Malaysia, gossip2 artis ini juga tidak kurang hebatnya. Sehingga ada majalah2 yang diterbitkan khas membincangkan gossip2 artis. Di televisi Malaysia pun, hal2 berkaitan dalam kain artis juga terus menerus diperbincangkan.

Fatwa MUI ini adalah satu tindakan yang sangat baik dan mengharumkan nama Islam. Kalau dahulu, hanya Nahdatul Ulama yang mengharamkan Infotaimen, tapi sekarang ini Majlis Ulama Indonesia (yang mewakili Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama) juga mengharamkan Infotainmen (Gossip Artis).

Sudah tiba masanya, umat Islam di rantau ini berhenti menjadikan para artis sebagai contoh tauladan di dalam menjalani kehidupan kita. Biarlah hal2 dalam kain para artis dibincangkan di kalangan para keluarga mereka sahaja.

Yang kita  khuatiri adalah generasi muda kita terutama para belia. Di tahap umur yang begitu muda, mereka sudah tentu sukar membezakan mana yang baik dan buruk. Apabila mereka melihat para artis kehidupan mereka bercerai berai, berskandal, berzina di sana sini, maka kelak contoh ini akan dijadikan tauladan kepada mereka. Maka, biarlah hal dalam kain para artis kekal di dalam kain. Janganlah hal2 dalam kain para artis di bawa keluar.

Tiba masanya, para mufti di Malaysia menyokong fatwa MUI ini dan mengeluarkan fatwa yang serupa. Jangan asyik nak suruh PAS bersatu dengan UMNO sahaja. Pengharaman gossip artis ini lebih penting kepada masa depan umat islam di Malaysia.

Kita menyeru Dewan Ulama PAS Pusat memulakan langkah menyokong fatwa Majlis Ulama Indonesia ini dan membawa fatwa ini, sekurang2nya di kalangan ahli2 dan penyokong PAS.

Wallahualambissawab

No comments:

Post a Comment