ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 July 2010

PERKOSA PUNYA PRESIDEN BODOH BANGAT OTAKNYA MAHU DI LETAK DI CELAH JUBOQ NAJIB

MAHU mencari publisiti. Itulah Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang baru-baru ini membuat cadangan bodoh dan tidak masuk akal apabila mencadangkan PAS dan Umno dibubarkan sekiranya kedua-dua parti tersebut gagal untuk bersatu. Masalahnya, bila masa pula PAS mahu bersatu dengan Umno? Siapa sebenarnya yang sibuk mahu mempertemukan sebuah Parti Islam dengan sebuah Parti Kebangsaan yang sekular serta bersekutu dengan Apco itu?

Yang mesti dibubarkan adalah PERKASA itu sendiri kerana pertubuhan itu bukan sahaja ditolak oleh Pemuda Umno, malahan menjadi musuh buat MCA dan MIC. Jika sudah orang Melayu sendiri ramai yang meluat dengan PERKASA, apa gunanya PERKASA wujud? Apa peranan PERKASA untuk memperkuatkan orang Melayu, apatah lagi Islam? Sekadar terpekik ke hulu ke hilir, budak-budak sekolah pun boleh lakukan.

Lebih menampakkan kebodohan Ibrahim Ali adalah apabila dia mencadangkan agar ditubuhkan parti baru yang mempunyai prinsip atau dasar Umno dan PAS di dalamnya. Ini sama seperti ingin mencamporkan daging babi dengan daging lembu. Rupanya selama ini Ibrahim Ali tidak tahu bahawa dasar PAS adalah Islam, sumbernya Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias. Dasar Umno pula sekular yang memisahkan agama dari politik. Mustahil keduanya boleh digabungkan. Masakan Ibrahim Ali tidak tahu dasar PAS sedangkan kerusi beliau selaku MP Pasir Mas pun atas ikhsan PAS.

Sebenarnya, letaklah beribu pertubuhan, cendikiawan atau Ulamak sekalipun untuk dijadikan orang tengah bagi mempertemukan PAS dan Umno, ianya pasti gagal selagi Umno tidak mahu kembali kepada Islam. Usahlah di`jual' nama Melayu kununnya untuk perpaduan, di dalam masa yang sama Melayu lah yang paling ramai tertindas dan Melayu lah golongan yang sering diabaikan.

Justeru itu, usahlah PERKASA cuba untuk menjadi juak kepada Mufti Perak yang tergilakan perpaduan Umno - PAS. Lebih baik PERKASA mendaftar diri menjadi satu parti politik dan cuba nasib pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Mungkin PERKASA akan mencipta rekod sebagai Presiden Parti yang pertama di dalam sejarah negara hilang deposit.

No comments:

Post a Comment