ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 July 2010

sape yang bermimpi di siang hari yang Nik Abdul Aziz telah bersetuju kerjasama UMNO-PAS....?????

Nik Abdul Aziz setuju kerjasama UMNO-PAS

Umno dan PAS perlu bekerjasama memperjuangkan kesejahteraan dan memperkukuhkan agama Islam di Malaysia, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menegaskan bahawa PAS selama ini cuba menyatu-padukan orang Melayu dan semua umat Islam di Malaysia untuk menjauhi dari perkara yang tidak betul.

Agama Islam juga menyeru semua penganutnya untuk bersatu-padu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu. Oleh itu, Nik Abdul Aziz berkata walaupun tidak boleh bersatu tubuh namun bolehlah bersatu dari segi pemikiran.

Cadangan untuk Umno dan PAS mewujudkan kerjasama disokong oleh beberapa ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Walau bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata Umno perlu menukar dasar parti dari dasar kebangsaan ke dasar Islam sekiranya ingin bergabung dengan PAS.



sumber ...MT



penyapu sial

errm Nik Aziz bukanlah orang yg mudah masuk perangkap penyamun UMNO... Tapi biasanya selepas itu akhbar arus perdana akan membuat kenyataan PAS ingin bekerjasama dgn UMNO, he he syok sendiri, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku dah kenal lama penyamun2 UMNO ni, rakan karib pun sanggup mereka tipu apatah lagi musuh tradisi mereka..

Tak mungkin UMNO akan mengubah dasar tradisionalnya itu semata2 untuk memenuhi kehendak PAS. Mereka dah lebih 50 tahun selesa dengan sikap sekularisme dan cuma bertopengkan agama Islam semata mata hendak menarik sokongan kaum Melayu diluar bandar. UMNO cuba sedaya upaya untuk menganjurkan kerjasama dengan PAS supaya golongan cendikiawan dan ilmuan Islam memandang mereka sebagai sebuah parti yang pro Islam kerana meghulurkan kerjasama dengan sebuah parti Islam terbesar di M'sia. Akan tetapi itu cumalah RETORIK semata mata. PAS tidak sepatutnya terperangkap dengan umpan yang UMNO hulurkan. UMNO sebenarnya dah sangat2 terdesak...

Minggu lepas, masih aku ingat lagi kepada kenyataan seorang wakil umnoAPCO yang mengata PAS parti sesat tetapi hari ini lain pula cerita bila mat muka ba-bi ingin berkerjasama dengan parti yang dikatakan sesat... Ini menjelaskan bahawa umnoAPCO mati akal dan tiada punca malah TERDESAK untuk maraih sokongan... PAS dilihat mempunyai potensi sebagai talian hayat umnoAPCO dan ini sahaja alasan mereka untuk bekerjasama demi kepentingan politik mereka...

Kenapa tidak ajak PAKATAN RAKYAT bekerjasama dengan BN???? Ini baru dikatakan perpaduan tetapi perpaduan ala UmnoAPCO ini hanya mainan politik untuk menyelamatkan kapal mereka yang sedang karam..


Jenis-jenis bangkai beranyut ni mana boleh percaya. Ianya mengeluarkan bau usus yang sangat busuk. Sejarah dah mengajar kita betapa UMNO memang tak boleh buat kawan. Orang-orang dia pun bergaduh sama sendiri, membunuh sama sendiri demi kuasa. PAS kena hati-hati, ingat....... Melayu bukan bererti UMNO dan UMNO bukan bererti Melayu. Melayu boleh hidup tanpa UMNO. Ada UMNO, melayu lagi sengsara.]
Nak twermuntah aku sebut nama UMNO.

No comments:

Post a Comment