ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 July 2010

Minyak naik RM10 seliter pun tidak akan membebankan rakyat....



Perdana menteri telah menyatakan bahawa penurunan sabsidi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf hidup di luar bandar. Ini kerana wang yang dapat dijimatkan dalam subsidi tersebut akan digunakan untuk tujuan tersebut. Oleh yang demikian,kata beliau pengurangan subsidi tersebut tidak membebankan rakyat langsung.

Bolehkah kita mempercayai kata-kata perdana menteri
ini? Kalau masa dahulu semasa pentadbiran Pak Lah minyak naik sehingga RM2.70 seliter beliau berkata rakyat masih mampu.

Inikah sikap yang ada pada seorang perdana menteri? Membuat perangkaan mengikut rasa hati sahaja. Apa yang dikatakan oleh
mereka adalah sama sekali tidak masuk akal.Sekiranya harga minyak naik, maka harga barang akan turut sama rasa tempiasnya.

Baiklah, disini saya hendak mengajar perdana menteri ilmu hisab, kalau tak tahu apa maknanya boleh tanya kat timbalannya.

Bagi harga RM1.80 seliter Purata rakyat malaysia menggunakan minyak 20 liter sehari:

RM1.80 X 20 = RM36.00

sebulan: RM36.00 X 30 = RM1080


Bagi harga RM1.85 seliter

RM1.85 X 20 =RM37.00 = RM1110

Maknanya rakyat terpaksa berbelanja RM30 lebih daripada biasa. Bagi golongan ahli politik BN, nilai RM30 memang tidak ada makna. Ini kerana mereka memang hidup dalm dunia kemewahan. bagi golongan rakyat biasa RM30 itu adalah cukup bernilai bagi mereka. Itu baru dinilai dari minyak, belum masuk perbelanjaan gula, beras, susu, tepung. Kalau kerajaan asyik merunggut kata mereka terpaksa menanggung subsidi yang tinggi untuk rakyat, adalah lebih baik kerajaan yang ada sekarang undurlah diri.Beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menguruskannya pula.Mari kita lihat apa yang Pakatan Rakyat boleh buat
untuk rakyat pula.

Kepada pemimpin BN, kalau buat perangkaan tentang budget, minyak RM10 seliter pun mereka akan cakaprakyat masih mampu. Entah bagaimana cara mereka buat pengiraan pun masih lagi misteri. Alamatnya Muhyiddin Yassin kena fikir balik cadangan untuk mansuhkan UPSR dangan PMR. Lebih baik jangan mansuhkan, kalau mansuhkan lebih teruk pemimpin BN
yang akan datang. Lagi tak reti mengira.

Kerajaan seharusnya memikirkan bagimana cara untuk mendapatkan lebih banyak pelabur dari luar supaya dapat menambah pendapatan negara. Bukannya dengan cara menekan rakyat. Apabila kerajaan menghadapi masalah kewangan, rakyat yang menjadi mangsa.

Mengapa rakyat yang perlu menanggung semua ini? Hakikatnya kerajaan yang harus memikirkan cara untuk untuk menambah pendapatan rakyat dan bukannya dengan membebankan rakyat. Kepada semua rakyat Malaysia, bersama-samalah kita menjatuhkan BN pada pilihan raya yang akan datang. Kalau kita tidak mengubahnya, nescaya satu hari nanti harga minyak RM10 seliter tidak mustahil akan menjadi kenyataan.


mikidookie

No comments:

Post a Comment