ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

16 July 2010

Satu Lagi Lubuk UMNO untuk merampok wang rakyat...!!!

Dengan pendapatan bersih pukul rata RM5 billion setahun KWAP semacam diisytiharkan sebagai satu lagi lubuk yang lumayan untuk pemimpin – pemimpin UMNO memerah hingga kering , seperti mana telah terjadi dalam kesemua agensi – agensi milik pusat di peringkat pusat ,

begitu juga oleh pemimpin – pemimpin UMNO di peringkat negeri sehingga tak banyak anak – anak syarikat kerajaan negeri di bawah pemerintahan BN yang untung.

Sukar untuk ditolak Najib atau mana – mana pemimpin UMNO tidak akan melakukan apa – apa ke atas tabung dana ini.

Saiz dana KWAP naik RM66 bilion

2010/07/15 KUALA LUMPUR: Saiz dana Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) meningkat 27.9 peratus atau RM13.4 bilion kepada RM61.5 bilion pada 2009 berbanding RM48.08 bilion pada 2007, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata prestasi pendapatan yang kukuh serta sumbangan yang stabil daripada Kerajaan Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi, telah mendorong peningkatan saiz aset itu. KWAP juga memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM5.70 bilion, yang diterjemahkan sebagai pulangan bersih pelaburan sebanyak 10.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2009 berbanding RM560.0 juta pada 2008, kata Ahmad Husni dalam ucaptama bagi mengumumkan keputusan kewangan KWAP 2009 dan pelancaran portal laman baharu di sini hari ini.

Daripada RM5.70 bilion itu, RM3.24 bilion merupakan pendapatan pelaburan kasar, kata beliau dan menambah, sentimen pasaran ekuiti tempatan yang meningkat pada akhir tahun lepas, membolehkan KWAP memasukkan semula elaun-elaun pengurangan nilai bagi pelaburan ekuiti berjumlah RM2.48 bilion.

“Sebagai pemegang amanah, KWAP mempunyai obligasi untuk mengekalkan tahap tadbir urus yang baik. Keperluan untuk membuat pendedahan adalah penting kerana ia mempromosikan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Azian Mohd Noh berkata saiz dana KWAP diunjurkan meningkat melebihi RM70 bilion menjelang akhir tahun ini.
Setakat Jun 2010, beliau berkata dana KWAP kekal sebanyak RM66 bilion.
Azian berkata sumbangan daripada kerajaan, badan berkanun dan PBT, akan menyumbang kepada pertumbuhan saiz dana itu.

KWAP yang diperbadankan pada 1 Mac, 2007, ditubuh mengikut Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007, menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991.

Dengan perbadanan KWAP, kesemua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih sepenuhnya oleh KWAP.

Objektif KWAP ialah untuk menguruskan dana yang ditubuhkan mengikut Seksyen 13 Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 2007, ke arah mencapai pulangan optimum ke atas pelaburannya.

Sementara itu, beliau yang ditanya mengenai spekulasi jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merancang membeli PLUS Highway, Husni berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment