ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 November 2010

adik beradik yahudi gamaknya....Polis ada 318 Pakar Judi?



Nak kata ini rahsia kerajaan atau tektik polis tetapi terpampang dalam akhbar. Taknak komen dah semua orang tahu.

Rakyat tanpa mengira latarbelakang mencapai akses maklumat seperti ini. kadang-kadang kesihan jugak tengok ke polis ni. Terpaksa perabis duit dan masa untuk mencuci tahik yang dibuat oleh pemimpin UMNO-BN.


Apa perlu ke Polis menjadi pakar untuk menutup pusat judi ni?. Bimbang-bimbang kalau ia sudah menjadi hobi, polis pulak jadi kaki judi. kalau tak pun jadi tokey judi. Nanti tertinggal kerja-kerja rutin nak jaga pembangkang buat ceramah dan program, takde pulak polis yang nak memantau.

KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.
Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.
"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.


Inilah Malaysia yang dikatakan Negara Islam hebat. Mahal tali pada beruk. Apa perlu pihak polis menghabiskan duit beratus ribu untuk menyediakan mock casino seperti ini. sedangkan kalau dilihat peralatan pejabat dibeberapa balai polis cukup teruk. Bahkan ada yang terpaksa membawa komputer sendiri untuk memudahkan tugasan. Persekitaran kerja yang tidak selesa. Cuma dah polis dilatih sedemikian dan sedia bertugas serta redha sedemikian takpelah…

Apa perlunya latihan sebegitu ramai pakar. Untuk apa? Sekarang pun dah ada 318 orang pakar. Nak guna berapa orang? Atau ia menjadi latihan asasi seperti tentera yang nak bersara.. pergi kursus kemahiran. Kalau bersara boleh gak kerja kat Genting. Tun Hanif Omar kan bekas Ketua Polis Negara selaku Timbalan Pengarah Genting Berhad. Apatah lagi sebahagian peruntukan untuk buat Mock casino itupun dapat peruntukan percuma dari Genting. Tokey judi diatas bukit Pahang tu.

Kot-kot lepas ini pihak polis boleh mohon menjadi sebuat IPT baru. Melahirkan graduan Pakar judi. kebanyakan syarikat judi ni untung-untung. pekerja pun dibayar gaji mahal. Kalau yang pro tu boleh keja bukat setakat Genting tapi boleh pi Macau atau las Vegas. Tapi ingat-ingatlah... kalau rasuah melibatkan dosa yang sama kepada 4 golongan. Arak berkongsi dosa 7 golongan. samalah juga dengan industri judi. Apa-apa yang berhubungan dengannya membawa kepada dosa bersama.

Masalahnya pulak kat Malaysia ini ada judi halal dan ada judi haram. Tugas polis adalah untuk menentang jenayah judi haram. Yang tiada lessen. Sedangkan menurut Islam semua aktiviti judi adalah diharamkan dan merupakan kerja-kerja syaitan. Tetapi pihak polis tidak menganggap judi yang berlesen termasuk 4 Ekor Magnum, Spot Toto dan Genting Cassino itu sebagai jenayah. Kerana ia mendapat lessen dari pihak Kementrian Kewangan Kerajaan Malaysia yang diketui oleh PM iaitu Najib Tun Razak. Sebagaimana heboh sebelum ini lessen judi bolasepak yang diluluskan kepada Vincent Tan.

Yelah… bukan sedikit duit yang berpusing dalam perjudian di Malaysia. Berbillion ringgit dihabiskan oleh rakyat Malaysia untuk industri perjudian ini. Meskipun timbul pelbagai penyakit sosial dan jenayah berangkai akibat daripada judi tetapi pihak kerajaan enggan untuk menutup dan mengharamkannya. Yang dikerah untuk mengepung para penjudi ini agar berjudi di syarikat penjudi berlesen sahaja adalah tugas pihak polis. Apabila tugas menghapuskan jenayah judi haram ini berjaya nescaya pendapatan syarikat judi halal ini meningkat. Habis, Genting bukannya sayang duit sekadar 100k untuk diberikan kepada pihak polis yang akhirnya kerja-kerja polis itu member bantuan kepada mereka juga.

Bukankah senang kalau semua lesen judi ditarik. Semua judi dianggap jenayah. Taklah perlu pihak polis menjadi pakar judi untuk menghapuskan judi. Taklah melakukan kerja haram dulu untuk hapuskan yang haram. Masalahnya punca kejahatan tidak ditutup nescaya kos untuk menyelesaikkan akan tinggi. Mat salleh kata “Prevention is better than cure”. Inilah akhirnya mahal tali pada beruk. Tetapi ada orang yang dapat meraih keuntungan. Ada orang yang dapat projek. Ada orang yang boleh jadi kaya. Contohnya ramai penjenayah, perlu dibuat penjara baru. Hah! Sapa dapat projek tu. Dulu.. Kini… & Selama-lamanya…


Saiful Bahri Mamat

No comments:

Post a Comment