ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 November 2010

sampah sarap PKR....sape sebenarnya mangkuk hayun ini....!!!!

Harus diakui di dalam PKR sememangnya ada sampah. Sampah inilah yang kita semua patut campakkan. Sebelum itu, kita kena kenalpasti siapakah dia sampah-sampah itu? Bukan main hentam tuduh orang ini dan orang itu sampah, silap-silap kita termasuk dalam golongan sampah tersebut.

Jujurnya kita akui terlalu ramai di antara kita yang terdiri dari reformis yang bersusah-payah berjuang untuk parti ini. Tetapi tidak semua reformis ini berjuang dengan ikhlas, ada yang mahu habuan dan pembalasan. Malahan, ada yang bercerita semula segala jasa baiknya terhadap DS Anwar dan keluarga. Semuanya memberi alasan berjuang untuk parti dan ingin melihat parti ini menjadi kuat.

Ezam juga bersusah payah dahulu, begitu juga dengan Roslan Kassim, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam, Hamdan Taha dan ramai lagi. Akhirnya ke mana mereka? Syabas, buat mereka yang dahulu susah tetapi masih setia dengan parti. Andaian jika Azmin menang, parti menjadi teruk adalah andaian dari persepsi yang salah. Parti menjadi teruk atau musnah jika yang menang itu mendapat kemenangan melalui jalan yang salah. Tidak kiralah samada Azmin atau siapa sahaja.

Mengapa diungkit penyatuan PRM ke dalam PKR? Apa silap dan salahnya Dr Syed Husin? Oleh kerana DR Syed Husin memberi menyebut agar parti membuang segala sampah yang ada di dalam PKR maka Dr Syed Husin patut dicaci? Jika kita merasakan kita bukan sampah, apa salahnya beliau berkata demikian? Jangan cepat terasa sangat. Berfikirlah dengan waras.
Jangan asyik berbangga dengan susahnya kita dahulu berjuang sehingga menganggap mereka yang baru masuk parti seolah-olah bukan pejuang. Itu ego namanya.

Kritiklah parti, tiada masalah. Mengapa dikaitkan dengan orang itu dan orang ini? Jangan bermain emosi semata-mata tidak suka kepada seseorang pemimpin. Perjuangan yang ikhlas, InsyaAllah akan diberkati dan disukai orang. Jangan kita suka berbuat baik, tapi mahu dipuji dan dipuja orang. Ibarat kita mohon derma, bila orang tidak mahu menderma kita maki hamun orang itu. Ikhlaskah?


sumber....WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment