ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 November 2010

musang PAS berbulu babi....punca PAS kecundang di galas dan mungkin di seluruh negara....????

GALAS: Apabila Pemimpin2 PAS Membantu Kemenangan UMNO



Sepanjang waktu, fitnah "PAS diperkudakan DAP" menjadi ungkapan lazim UMNO selepas keputusan pilihanraya 2008. Malahan, kempen di Galas dimulakan dengan tuduhan yang sama. Gambar di atas adalah salah satu contoh.

Adalah malang seribu kali malang bagi PAS kerana senjata UMNO ini turut diungkap oleh kepimpinan PAS sendiri di kalangan ahli-ahli PAS.

Jangan percaya cakap Tulang Besi, sila dengar ucapan Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat sendiri dengan klik di sini(Ucapan Dr Harun Din di Rumah Dato Hasan Ali)

Soalan saya kepada pemimpin2 PAS ini: Mengapa Memanjangkan Fitnah UMNO di Kalangan Ahli2 PAS? Mengapa mudahkan kerja UMNO untuk menjahanamkan PAS?

Hasil terbaru adalah kalahnya PAS di Galas. Adakah kita hendak tunggu kekalahan PAS di seluruh Malaysia baru kita hendak mula bertindak?

HANYA SATU CONTOH NEGATIF DIULANG-ULANG OLEH DATO HARUN DIN SEPANJANG UCAPAN BELIAU

Saya nampak sepanjang ucapan beliau ini, hanya satu contoh sahaja yang beliau ulang-ulang untuk menunjukkan kononnya DAP ini anti Islam: penolakan Karpal Singh terhadap hukum hudud dan negara Islam.

Saya hairan mengapa DAto Harun Din dan Hasan Ali tidak menyebut kebaikan DAP dan perubahan DAP dari segi menyokong agenda Islam. Misalnya, wakil2 rakyat dan pemimpin2 mereka sanggup berbuka puasa bersama-sama umat Islam seluruh Selangor di serata masjid dan surau. Satu perkara yang TIDAK PERNAH dilakukan oleh MCA ataupun mana-mana parti komponen Barisan Nasional.

Juga, bagaimana pula ehya Ramadhan di Selangor yang JAUUHHH lebih meriah berbanding sewaktu DAP menjadi pembangkang di Selangor dahulu. Hakikatnya, ramadhan menjadi JAUUHHH lebih meriah sewaktu DAP berada di DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Bagaimana pula tindakan Guan Eng yang menyambung semula bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yang mana bantuan tersebut diberhentikan oleh UMNO dan Barisan Nasional. ||

MEngapa Dato Harun Din cuma mengulangi satu contoh negatif sahaja berkaitan DAP, yakni kenyataan Karpal berkaitan dengan hukum hudud?

Perubahan yang ditunjukkan oleh DAP kepada Islam adalah kejayaan dakwah PAS kepada orang bukan Islam. Sepatutnya Ustaz HArun Din berbangga dengan kejayaan ini dan bukannya memaki DAP macam mereka adalah musuh PAS.

Adakah tindakan Guan Eng mengharamkan judi bola juga satu tindakan yang buruk mengikut UStaz Harun Din?

ISU HUDUD DIJADIKAN SEBAB UTAMA MEMBENCI DAP

Apakah Dato harun Din sudah lupa bahawa DAP ini BUKAN ISLAM? Apakah mungkin DAP menyokong agenda Islam? Apakah mungkin orang bukan Islam menyokong hukum Islam? Kalau mereka menyokong hukum Islam, ertinya mereka sudah menjadi Islam.

Apabila naik sahaja isu hudud, sudah tentulah DAP harus MENOLAK agenda ini secara terbuka.

Kalau DAP mengisytiharkan sokongan kepada hudud, maka habislah kesemua orang bukan Islam meninggalkan DAP dan Pakatan Rakyat. Adakah Dr Harun Din tidak terfikir perkara ini?

Adakah apabila orang bukan Islam meninggalkan Pakatan Rakyat, maka hukum hudud dapat dilaksanakan di bawah UMNO? Adakah hukum hudud diterima oleh UMNO?

Bukankah lebih "HIKMAH" kita rapatkan hubungan PAS dengan bukan Islam terlebih dahulu sebelum kita mengenegahkan hukum hudud kepada mereka?

BENCI DAP KERANA HUBUNGAN RAPAT DENGAN KORPORAT UMNO?

Saya minta Dato Harun Din berterus terang. ADakah hubungan rapat beliau dengan korporat2 UMNO seperti Dato Osman/AMONA bukan sebab utama beliau membenci DAP?

Kalau nak tau kesah AMONA dan DAto Harun Din dengan lebih lanjut, dipersilakan bertanya YB Nurul Izzah Anwar. Bagaimanakah seorang Timbalan Mursyidul Am PAS boleh melobi YB Lembah Pantai menyokong projek milik korporat UMNO seperti Dato Osman dan Amona.

Saya minta sangat YB Nurul Izzah membuat pendedahan perkara ini yang saya dapat maklumatnya dari sumber saya di Lembah Pantai.

Saya tidak relah ahli Majlis Syura PAS menjadi pengempen untuk korporat2 UMNO.

MENGAPA HARUS MENAIKKAN SENTIMEN ANTI DAP DAN PKR?

Saya pun hairan mengapa harus dinaikkan sentimen anti PKR dan DAP seminggu sebelum pilihanraya kecil Galas?

Mengapa harus menaikkan sentimen benci PKR dan DAP sedangkan musuh PAS adalah UMNO? Kerusi2 yang PAS tanding majoriti adalah kerusi yang sama dipertandingkan oleh UMNO?

Mengapa tidak membincangkan kaedah dan cara untuk menjatuhkan UMNO serta meletakkan PAS sebagai pengganti UMNO? Lebih baik PAS bincang bagaimana hendak menjadi pengganti UMNO.

UNTUNGNYA UMNO DAPAT ORANG TOLONG KEMPEN UNTUK MEREKA DALAM PAS

Saya tak tahu sampai bila pimpinan2 PAS ini akan terus membantu agenda UMNO seperti ini.

Jelasnya, sikap anti DAP dan PKR ini telah menyebabkan PAS kalah di dua kerusi: Galas dan Bagan Pinang. Berapa banyak lagi kerusi PAS akan hilang disebabkan oleh aktiviti2 anti DAP dan PKR dalam PAS ini? Terpulang kepada para pembaca untuk menjawab.

Saya nak tahu apa untungnya Islam setiap kali PAS kalah pilihanraya kecil ataupun umum?

Sila jawab wahai Dr Harun Din dan Hasan Ali....

Tulang Besi

1 comment:

  1. Jangan percaya cakap Tulang Besi, sila dengar ucapan Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat sendiri dengan klik di sini(Ucapan Dr Harun Din di Rumah Dato Hasan Ali) atau download di sini:

    http://www.2shared.com/video/siqUXNl8/usrah8101.html

    ReplyDelete