ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 November 2010

UMNO pukimak gadai tanah dan maruah melayu....macam ni ke pejuang melayu...melacurkan bangsa sendiri....!!!!

Lim Guan Eng telan tanah melayu pulau Pinang?


Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang. Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu.

Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa? Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu? Siapakah yang memerintah Tanah Melayu? Siapa yang memimpin Malaysia? Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa. Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje. Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca.

Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus. Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.

Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%.

Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor. Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula?

Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka? Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda? Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang. Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak.


ustsaifulbahri

No comments:

Post a Comment