ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 November 2010

binatang sesumpah dan binatang berkepala manusia yang kerjanya asik mengisi perut...tak layak perintah negara...!!!

Apabila khilafah Islam jatuh, umat Islam mula meninggalkan Islam, di samping masuknya ideologi-ideologi asing seperti sekularisme, nasionalisme dan isme-isme cabang darinya. Semangat kebangsaan menjadi asas menuntut kemerdekaan. Ia juga menjadi senjata untuk menjatuhkan khilafah Islamiyyah.

Negara umat Islam merdeka tetapi dari kulit sahaja. Perjuangan menuntut kemerdekaan dan menentang penjajah di Tanah Melayu sebenarnya bermula pada 1511 iaitu semenjak datangnya penjajah. Namun tokoh-tokoh Melayu berpegang kepada agama digelapkan dari sejarah sebagai pejuang kemerdekaan dan menjaga Islam. UMNO sebenarnya yang diberikan kuasa memerintah hanyalah memenuhi agenda British sahaja. Penjajah keluar dari tanahair tetapi agenda penjajah diteruskan oleh anak didik penjajah. Mereka yang mahukan kepada Islam dan benar-benar mahu memerdekakan tanahair dengan ertikata sebenar tiada dalam UMNO atau keluar UMNO. UMNO hanyalah kelongsong yang hilang isinya.

Sekularisme yang datang tanpa dijemput ke Tanah Melayu menjadikan parti UMNO, yang tidak berteraskan Aqidah dan ajaran Islam itu, rosak teruk hingga ke ususnya. Bukan kepada usus partinya sahaja, bahkan berjangkit dalam usus masyarakat. Lihatlah kesan dari gastritis dan ulcer itu dalam masyarakat. Walaupun Najib baharu sahaja keluar dari wad ICU selepas ulcer, tetapi ulcer dalam masyarakat hasil meninggalkan Islam dan menganut sekularisme walaupun tanpa isytihar secara formal menyebabkan struktur sosial masyarakat runtuh. Dalam bahasa mudah, akhlak sudah kembali menjadi jahiliyyah.

Sekularisme banyak melahirkan cabang-cabang berpenyakit. Antaranya pokkoism dan perutism yang disebut oleh Ustaz Idris Ahmad. ‘Pokko’ism dan ‘perut’ism dalam UMNO menjadikan UMNO tidak layak lagi memerintah negara. ‘Pokko’ ism merujuk kepada pokko-binatang sesumpah yang bertukar warna berdasarkan warna batang pokok atau daun yang dihinggap. Begitulah UMNO. Tiada prinsip dan aqidah. Ia berubah menurut keadaan, tempat, suasana tanpa mengira prinsip. ‘Perut’ism merujuk kepada kepentingan harta, wang ringgit, habuan tanpa mengenal betul salah, berprinsip atau tidak, halal haram, rakyat punya, negara punya atau sendiri punya.

‘Pokko’ ism dan ‘perut’ism, ditambah ulcer dan busuk hingga ke usus yang telah lama dibicarakan melengkapkan lagi ciri-ciri kehancuran UMNO yang tidak melayakkan ia terus memerintah dan mengaku parti menjaga kepentingan Melayu di negara Malaysia ini. Enough is enough!

No comments:

Post a Comment