ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 November 2010

ketua 'sarif dol' ' tanjung karang bimbang 'pembaziran' yayasan selangor....yang hang pa memerintah 1 malaysia dok membazir wang rakyat tak mau cerita pulak...!!!!

BN Selangor hari ini bimbang mengenai mengenai masa depan generasi muda di negeri ini berikutan pembaziran dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pengurusan institusi pengajian milik kerajaan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Noh Omar.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur Isnin ini selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis itu.

Noh berkata Yayasan Selangor ditubuhkan BN bagi menjaga kebajikan anak-anak luar bandar dan ia telah berjaya menghasilkan ribuan anak Selangor yang berjaya di dalam pelajaran.

"Apabila pentadbiran baru mengambil alih, cara mereka tadbir Selangor tidak pentingkan pendidikan rakyat Selangor," katanya.

Beliau mempersoalkan pembaziran dalam penganjuran majlis itu yang didakwa bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Sebelum ini, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

Ilham berkata Yayasan Selangor terpaksa menyewa tiga khemah besar selain belanja hiasan, kad jemputan, gimik persembahan dan sistem siar raya.

Bagaimanapun, Noh berkata jika kos sewa khemah besar itu mahal, banyak lagi dewan-dewan milik kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang boleh digunakan.

Pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor di dalam aktiviti-aktivitinya cukup banyak dan Noh mendakwa BN mempunyai bukti.

Beliau berkata ini menunjukkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh Yayasan Selangor tidak memberi faedah kepada rakyat negeri ini.

"Umno Selangor melihat bukan sahaja Yayasan Selangor menuju kehancuran tetapi masa hadapan generasi muda juga menuju kehancuran kerana kerajaan Selangor tidak prihatin kepada pembangunan pendidikan Selangor.

"Unisel (Universiti Industri Selangor) kita nak tunggu, saya dapat maklumat ini juga akan menuju kehancuran kerana kos tidak langsung pengurusan menghadapi masalah," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian Industri Asas Tani berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjawab segala pertanyaan mengenai program pembangunan pertanian termasuk isu masalah padi angin yang dikatakan antara punca hasil tuaian padi menurun.

Beliau berkata adalah tidak adil kerana isu itu dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas dan beliau sebagai Menteri Pertanian tidak dapat menjawabnya kerana platformnya berlainan.

--Bernama


penyapu sial


umno bongok mmang mcm tu...sikit2 kira membazir bila terkena PR...tapi puak puak sundal sendiri membazir tak mau cerita....contoh ....hadiah jam tangan kat khir toyol RM 150 K tak nak ulas pulak,skandal PKFZ,kerugian PERWAJA,projek landasan keretapi berkembar, buat stadium lepas tu runtuh,bawak khir toyol dan kroni anak beranak beranak mengerjakan umrah ke disneylan dsb...pun buat buat tak nampak pulak....cilanat betul si noh nie....!!!!

No comments:

Post a Comment