ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 November 2010

UMNO / BN PERAK SEMAKIN TERDESAK: HABIH PENGHULU SELURUH PERAK DIHASUT UNTUK MEMBENCI PAKATAN RAKYAT.

Menurut sumber yang boleh di percayai, baru-baru ini

seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Higland dalam satu program anjuran Kerajaan Barisan Nasional ( BN ). Program tersebut diisi oleh

Majlis Keselamatan Negara. Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan UMNO BN terus kekal memerintah negeri Perak.

Menurut sumber itu lagi  para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman. Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Perak hampir setahun telah diburukkan imejnya oleh mereka di hadapan penghulu-penghulu, antara dakwaan yang berbentuk perkauman dan fitnah  ialah mereka menimbulkan kebencian peserta kepada Pakatan Rakyat Perak dengan mendakwa kononnya DAP lah yang menguasai Perak, PAS dan Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak hanya boneka semata-mata, Selain itu PAS Perak juga mendapat maklumat bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka. Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyatterutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kita  melihat UMNO BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan, Buktinya UMNO BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya UMNO BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

UMNO BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, para penghulu dihimpunkan oleh UMNO BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat.

Program yang dilakukan itu menggambarkan UMNO BN  meletakan harapan agar para penghuluboleh mamainkan peranan bagi memastikan UMNO BN kekal mengekalkan kuasa mereka, inilah bukti salahguna kuasa yang dilakukan oleh UMNO BN dam menguruskan kakitangan awam di negara ini.

UMNO BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka, Adun-adun UMNO BN kini sudah tidak yakin dengan kapasiti UMNO BN samada mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak atau tidak, kerana itulah para penghulu diperdaya kononnya menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci Pakatan Rakyat.

Perkara yang berlaku ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program politik UMNO BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.

Selepas ini Ketua-ketua Kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi menabur fitnah kepda Pakatan Rakyat khususnya di Perak bagi memastikan UMNO BN terus kekal memerintah Perak.

No comments:

Post a Comment