ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 February 2013

betul tu nyawa PM wajib di ancam...bunuh wanita monggolia dan menyimpan penjenayah russia di malaysia...wajar di ajar....!!!!

bunuh wanita monggolia....

simpan penjenayah russia di kediaman perdana menteri...

akhirnya di malukan oleh gangnam PSY Korea tapi kata nyawa PM terancam....BN kalau tak BOHONG Negara  1 malaysia  memang tak sah...!!!!


Kita menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu.

Jika Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau?

Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini .Yang Jelas sikap Teng kaki bodek  cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya..

Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa ‘No’ dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul ‘Yee Sang’, semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy.

“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider.

Teng menjelaskan demikian selepas kemunculan klip video yang menunjukkan Najib dan para pembesar BN dibiarkan tunggu untuk kemunculan Psy untuk menggaul Yee Sang walaupun dijemput berkali-kali oleh pengacara majlis.

Namun, Psy tidak muncul menyebabkan semua yang ada di pentas terkial-kial.
Selepas itu, Najib pula menjadi pengacara majlis untuk menjemput Psy untuk melakukan persembahannya.

Ketika itulah, Najib dimalukan sekali lagi apabila rakyat Pulau Pinang berkata ‘No’ kepada soalannya ‘Are you ready for BN?’ yang ditanya tiga kali berturut-turut.

Jika betul ada ancaman nyawa terhadap Najib dan Psy, mengapa Teng tidak menjelaskan mengapa Psy dibenarkan untuk mempersembahkan dua kali lagu popularnya Oppa Gangnam Style selepas ancaman di terima dan Najib pula dibiarkan menjadi pengacara majlis selepas acara menggaul yee sang.

Manakala jawapan polis pula berterabur...Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah semalam berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap Psy atau sesiapa, manakala Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim mengesahkan ada ancaman terhadap Psy.

Bagaimanapun, tiada yang menjelaskan bagaimana Psy boleh pergi makan malam di sebuah restoran Korea di Tanjung Bungah sebelum meninggalkan negara pada 2 pagi hari Selasa.

“Dalam klip video tersebut, semua – termasuk Perdana Menteri tidak kelihatan seperti diancam. Juga tiada polis kelihatan sekitar pentas. Psy dibenarkan buat persembahan dan kemudian makan malam. Ini berita besar, nyawa Perdana Menteri dan Psy diancam. Mengapa tidak disebut sehingga sekarang?...

No comments:

Post a Comment