ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 July 2010

celaka dan laknat pun katak sundal zahrain...Kamu Pengkhianat Yang Tidak Bermaruah

Anda dipilih sebagai Ahli Parlimen oleh majoriti pengundi di kawasan pengundian anda yang bersetuju dan menyokong manifesto parti yang anda wakili pada masa itu.

Ini bermakna majoriti pengundi di kawasan parlimen anda mengundi untuk parti pembangkang bagi mewakili mereka, dan jelas mereka tidak mahu Barisan Nasional mewakili mereka.

Itulah intipati yang sebenar dan bukan susah sangat untuk memahaminya, dan saya harap anda dapat terus bersabar mendengar penjelasan saya.

Tetapi sebaliknya, anda telah mengkhianati kepercayaan para pengundi yang memenangkan anda dengan meninggalkan kesemua prinsip yang anda dokong dahulu dan mengalih sokongan anda kepada BN.

Anda lakukan demikian tanpa meminta izin daripada pengundi yang mengundi anda di kawasan anda. Alasan bahawa anda adalah ahli parlimen bebas yang menyokong BN tidak menjustifikasikan kenyataan bahawa anda telah meninggalkan pengundi yang memilih untuk mewakili mereka, dengan mengabaikan keperluan dan aspirasi mereka ke arah sebuah bangsa dan masa hadapan yang lebih baik.

Biar kita semua  beritahu anda apa seorang yang bermaruah sepatutnya lakukan dalam keadaan ini. Seorang individu yang mempunyai maruah sudah tentu akan mengosongkan kerusinya dan meminta pengundi kawasannya untuk memutuskan siapa patut mewakili mereka, walaupun individu itu telah mengkhianati pengundinya.


Anda tidak berbuat demikian, jadi pada pandangan kita , anda seorang yang tidak bermaruah. Anda kini hanya seorang ahli parlimen dengan alasan palsu.

Pada hakikatnya, anda langsung tidak harus menduduki kerusi di Parlimen kerana Ahli Parlimen patutnya mereka yang berintegriti dan mempunyai kehormatan diri, selain menjadi wakil sah yang dipilih oleh majoriti pengundi di kawasannya.

Sebagai seorang ahli parlimen dengan tiada integriti dan berpura-pura mempunyai prinsip yang telah mengkhianati pengundi yang memilih anda, kita  tidak merasa anda berada dalam kedudukan bermoral atau berhak mengkritik tindakan ahli parti yang anda khianati. Anda juga pada masa yang sama bersembunyi di balik perikatan palsu yang telah anda cipta untuk diri anda sendiri dengan kumpulan yang dianggap rakyat Malaysia yang waras sebagai jelmaan syaitan.

Lebih mengejutkan, komen anda bahawa KEADILAN telah memasang 'jerat' politik untuk SPRM amat melucukan.

SPRM bertanggungjawab untuk menyoalsiasat P Balasubramaniam dan tidak ada apa-apa 'jerat' dipasang untuk SPRM. Malah merekalah mahaguru 'menjerat', bukan kita.

SPRM yang mula-mula menyatakan ingin menyoalsiasat Bala. Kita, sebagai peguam mewakili Bala telah melakukan segala termampu bagi membantu SPRM dan ini tiada kaitan langsung dengan KEADILAN.

Hanya kerana bukti yang ada pada Bala berpotensi menjejaskan pemimpin parti baru yang anda sokong tidak bererti itu adalah cerita yang dikarang oleh pembangkang. Cerita dongeng sebenarnya dikarang oleh rakan-rakan baru anda dan bukannya Bala.

Daripada kenyataan anda memuji tindakan SPRM membatalkan soalsiasat di London pada saat akhir jelas membuktikan betapa kuatnya sokongan anda kepada golongan yang berniat untuk memesong dan mengekang keadilan.

Anda sememang tidak  waras untuk memikirkan bahawa Zaid dan Anwar mempunyai tanggungjawab bersama untuk memujuk Raja Petra dan Bala kembali ke Malaysia dan 'menghadapi sesiapa pun".

Ini kerana pengalaman lalu di negara ini memperlihatkan sesiapa sahaja yang menjadi ancaman kepada golongan berkuasa akan mendapati diri mereka ditembak dikepala sementara mayat mereka diletupkan menggunakan bahan ledakan gred tentera di kawasan belukar.

Akhirnya Zahrain, apabila anda dan rakan-rakan baru anda memutuskan keluar daripada kepompong di mana anda dan rakan-rakan berselindung, anda akan menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak lagi sebodoh yang difikirkan untuk menerima apa sahaja sampah politik yang anda lemparkan tanpa menyoal.

Sungguh malang anda tidak berpeluang untuk hadir pada pelancaran 'Friends of Pakatan Rakyat' di London minggu lalu, kerana ia akan menjadi pembuka minda bagi anda

Kini  kita rakyat semakin sedar bahawa sejumlah besar warga Malaysia ingin melihat semua kesalahan dan kesilapan yang dilakukan masa lalu dibetulkan kembali, dan aspek yang paling terserlah pada pelancaran tersebut ialah sokongan padu yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan latar belakang.

Inilah Malaysia yang diingini semua. Bukan Malaysia yang anda dan rakan-rakan anda telah hancurkan dengan sifat tamak dan mementingkan diri sendiri. -

No comments:

Post a Comment