ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 July 2010

isu pengharaman ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) ....... UMNO cantas UMNO , Dalangnya APCO...?

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bawah) mengingatkan umat Islam di negara ini tidak terlalu melulu mengharamkan sesuatu tanpa mencari alternatif dan jalan penyelesaiannya terlebih dahulu.

"Jangan 'Talibanisasikan' (mengikut pendekatan Taliban) negara ini.

"Berhati-hatilah dengan pengharaman sesuatu perkara dan hak-hak rakyat," katanya ketika diminta mengulas isu pengharaman modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ).

Berita Harian hari ini melaporkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan, ia diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami dan mentafsir nas agama dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama.

Bagaimanapun, Ketua Panel Syariah ESQ Datuk Mustafa Abdul Rahman yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula dilaporkan menyangkal dakwaan wujud unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program syarikatnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, membandingkan tindakan terbaru mufti itu dengan pengharaman Yoga suatu ketika dahulu, Dr Asri mempersoalkan pengharaman sesuatu secara menyeluruh sedangkan "kadang-kadang terdapat ruang bagi memperbaikinya".

"Mungkin pejabat mufti Wilayah Persekutuan ada hujah-hujahnya sendiri. Tetapi kalau boleh dibaiki (ESQ), kita baikilah. Masalah-masalah teknikal ini boleh dibetulkan. Ada jalan." katanya.

Ulama muda Umno: Ikuti sendiri program ESQ

Beliau yang juga penyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, tindakan sebegitu boleh menyebabkan perasaan fobia terhadap agama Islam dalam masyarakat.

"(Akibatnya) orang beranggapan (dalam) agama ini semua tidak boleh. Sebenarnya banyak yang boleh, yang tidak boleh itu sikit sahaja.

"Kalau banyak tidak boleh, macam mana kita hendak hidup," katanya.

Sementara itu, ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - yang baru memohon menjadi ahli dalam sebuah majlis penyerahan borang kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini - berkata selain meneliti kandungan ESQ, pihak berkuasa perlu melihat pada method penyampaiannya.

"Kedua-dua (kandungan dan method penyampaiannya) kena benar. Sekiranya ESQ bertepatan, kami dokong. Sekiranya salah satu dari menyimpang kami bantah," katanya.

"Hendak mengatakan ESQ benar atau salah secara pasti, wallahu'alam. Tetapi yang diwartakan itu (berdasarkan) kandungannya, bagaimana dengan method?"

Sehubungan itu, Fathul mencadangkan, untuk berlaku adil kepada semua pihak, pengharaman itu hendaklah dibawa berbincang semula bagi menilai semula hujah-hujah yang telah dikemukakan.

"Perkara sebegini sepatutnya ada perbincangan dengan semua pihak. Wakil daripada ESQ sendiri patut dijemput dan membentangkan (tentang program mereka).

"Kalau boleh, anjurkan program pada ilmuan Islam sendiri untuk menilainya (sama ada menyimpang atau tidak)," katanya kepada Malaysiakini.
-malaysiakini

Penulis secara peribadinya berpendapat, Isu ESQ ini adalah berpunca dari persaingan perniagaan.Apabila ada kabel dengan koridor kuasa putrajaya,mereka gunakan untuk pancung musuh perniagaan mereka.hahahahaha memang adat melayu berniaga,cantas mencantas.


ESQ memang dilihat sedang maju dan bakal jadi pesaing macam APCO.jika dilihat dari senarai pelanggan ESQ,,boleh dikatakan hebat jugak syarikat ini,antara client adalah seperti KEMENTERIAN KESIHATAN,KEMENTERIAN PELAJARAN,KEMENTERIAN PERTAHANAN, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, JABATAN MUFTI (SELANGOR), JABATAN PERIKANAN, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA..so no wonder orang jeles kat ESQ.hahahahah

APCO pun mungkin tak senang duduk tengok ESQ ni maju..wkahakhkaa

Inilah budaya melayu, apabila sesebuah syarikat menunjukkan daya saing untuk maju,cepat-cepat dicantas sehingga mampos.tak kiralah dia UMNO pun.

dengan cara guna fatwa pengharaman adalah satu kaedah yang amat efektif untuk memusnahkan reputasi dan kredibiliti musuh.

1 Dunia tahu umat melayu malaysia yang mengaku islam amat sensitif dan amat-amat anti dengan 2 benda yang haram iaitu babi dan arak
jadi apabila fatwa MENGHARAMKAN dikeluarkan oleh seseorang yang ada ranking dalam agama islam,dipandang suci lagi mulia, maka fatwa itu secara automatik akan diterima dan dimakan oleh minda si melayu tadi.itulah dia THE POWER OF CURSE ="PENGHARAMAN".


catatan ini tak hina sapa-sapa walaupun mufti ke mufta ke ulamak ke ULARmak ke,aku punya blog ikut suka aku lah nak tulis apa, ada aku curik duit korang utk bauar bil streamyx?


warta365

No comments:

Post a Comment