ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 July 2010

MUSA AMAN 'KENCING' MAHKAMAH TINGGI

SUDAH hampir enam tahun berlalu, namun Ketua Menteri Sabah masih ‘Kencing’ di atas bumbung Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang telah mengeluarkan Consent Order no. K170 bertarikh 14 Oktober 2004 melalui Hakim Datuk Sulong Bin Haji Matjeraie yang meluluskan kawasan pembalakan di Hutan Simpan Dara Sapulut atau kawasan gantian yang dipersetujui oleh plaintif (sebuah syarikat pembalakan).

Namun selaku Ketua Menteri ‘Pirate of The Carry-BN’, Musa Aman telah menyalahgunakan kuasanya dan memberi kawasan hutan yang botak seperti kepala Daud Tampokong kepada syarikat milik seorang jutawan yang mendapat perintah mahkamah, seolah-olah mempunyai lesen untuk menghina Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Ketika membuat perintah tersebut, Hakim Datuk Sulong Bin Haji Matjeraie telah mengarahkan Kerajaan Negeri Sabah memberi kawasan kayu balak yang berisipadu tinggi seluas 9,000 hektar sebagai jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, Musa tanpa segan silu telah ‘kencing’ di atas bumbung Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan ‘berak’ di atas kepala Hakim Datuk Sulong Bin Haji Matjeraie kerana 9,000 hektar yang diluluskan Musa tidak mempunyai kayu bernilai komersil disebabkan telah dibalak berpuluh kali ganda; tidakpun sampai 10 % daripada jumlah gantirugi yang diluluskan Mahkamah Tinggi sebanyak RM91 juta.

Memandangkan Consent Order tersebut mempunyai klausa “Or Replacement Area Accept By Plaintiff,” maka plaintiff menyerahkan kembali kepada mahkamah dan memohon kawasan gantian yang mempunyai nilai setara dengan jumlah gantirugi RM91 juta.

Memang amat menghairankan kerana Ketua Menteri ‘Tamak, Bakhil dan Rakus’ ini enggan mematuhi perintah mahkamah sebaliknya dengan rela hati memberi kawasan konsesi balak milik Yayasan Sabah berisipadu tinggi kepada adik angkatnya, Michael Chia Tien Foh dan kroninya seperti Admond Looh, Nasir Yeo, Freddy Lim, Andrew Lim, John Nip dan sebagainya seluas lebih 600,000 hektar yang bernilai berbilion ringgit.

Sehingga kini, sudah lebih lima tahun menunggu, namun Musa Aman yang dilaknat Tuhan kerana menghalang pembinaan Patung Dewi Laut Mazu, enggan melayan permintaan plaintif seolah-olah mendakwa dirinya ‘THE MAN ABOVE THE LAW IN SABAH?’, apatah lagi sesuka hati memberikan kawasan konsesi pembalakan kepada seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew kawasan seluas 10,000 hektar agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan terhadap beliau ekoran skandal rasuahnya selama ini.

Sebelum ini, Sabahkini.net pernah menyiarkan artikel MUSA HINA MAHKAMAH TINGGI’; namun Musa tetap berdegil dan enggan melayan Perintah Mahkamah tetapi dalam masa yang sama meluluskan kepada kroninya kawasan konsesi balak yang bernilai lebih lapan billion ringgit; tetapi Sabahkini.Net kelihatan tidak lagi berani menyiarkan isu ini setelah campurtangan Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin kesan daripada tindakan 'barbarian' Musa Aman, maka beliau terjebak dengan Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang didalangi Michael Chia Tien Foh kerana CCTV Tuhan tidak pernah padam.

Jelaslah SPRM, Jabatan Audit, Polis dan Sabahkini.net ‘buta’ atau mata mereka ditutup dengan wang ringgit oleh Musa Aman dan kroninya terutama Albert Lim yang sanggup menyewa pajak Juruperunding SPRM ‘Henry Voon’ dan Hashim Lim untuk merunding penutupan kes Musa Aman.

Pada 7 Julai 2009, Plaintif telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menulis nota bidai yang jelas, “Untuk Tindakan Kerajaan Negeri Kerana Mahkamah Telah Membuat Keputusan,” tetapi amat malang kerana Surat Perdana Menteri menjadi warga ‘tong sampah’ di Tingkat 18, Wisma Innoprise.

Kenapa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Abu Kassim Mohammad tidak mengarahkan siasatan terhadap Musa Aman kerana telah menyalahguna kuasanya dengan tidak mematuhi arahan Mahkamah dan Perdana Menteri.

Mungkin rakyat Sabah tidak tahu betapa pengecutnya Musa Aman kerana sering mengelak untuk bertemu Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong, Susie Wong. Bukankah Musa Aman digelar Ketua Menteri ‘Vacuum Cleaner’ tetapi takut ‘Mesin Cuci’ ICAC sekalipun terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan.


freesabahkini

No comments:

Post a Comment