ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 July 2010

perabih macam emak bapak dia punya....perrgi MAMPOS kau UMNO...!!!!

'Hebat' sungguh kerajaan BN habiskan duit rakyat


























Aku sungguh ‘berbangga’ dengan ‘kehebatan’ kerajaan Barisan Nasional berbelanja secara berhemah dan berjimat-cermat . Walaupun negara kita ini kaya-raya tetapi kerajaan bijak berbelanja dengan hanya mengeluarkan RM41 juta wang rakyat untuk kos pembinaan Monumen Alaf Baru Putrajaya dan Astaka Morocco di Taman Botani di Putrajaya dan RM343,000 setahun untuk penyelenggaraan kedua-dua projek itu.


Bagus ke?Hebat ke? Haram jadah! Betapa bebalnya rakyat Malaysia yang masih lagi menjadi ‘pencandu’ kepada parti yang memerintah secara caca-marba, Barisan Nasional.

Bila kantung wang negara nak kering, mulalah mengajak rakyat bersama-sama kerajaan memulihkan ekonomi supaya kembali pulih. Mintak rakyat berjimat cermat dan tanpa segan silu kerajaan dengan selambanya membiarkan harga barangan naik sesuka hati.

Bila harga minyak naik, mulalah mengungkit, kerajaan tidak mampu menanggung beban subsidi yang besar, maka kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak dan terpaksa menaikkan harga minyak. Dengar macam kesian tahap cipan, tapi cuba lihatlah sekarang.

Seperti yang aku perli kat muqadimah artikel ni, rupa-rupanya kita diperbodohkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Bagi ‘pencandu-pencandu’ BN dan pentaksub BN memanglah merasakan pembinaan Monumen Alaf Baru Putrajaya dan Astaka Morocco di Taman Botani juga di Putrajaya adalah relevan dan berjaya menarik pelancong seperti kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Katanya monumen yang dibina untuk merekod dan mempamerkan kejayaan dan pencapaian negara oleh pemimpin-pemimpin negara yang lalu serta astaka dengan binaan berciri Islam telah menarik 8,500 pelancong asing dan tempatan sehingga kini.

Dengan perbelanjaan RM41 juta dan kos penyelenggaraan RM343,000 setahun seperti yang didedahkan itu jika nak hendak dinisbahkan dengan hanya 8,500 orang pelancong sahaja yang datang sejak dibina hingga sekarang, berbaloikah?

Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) telah menyifatkan pembinaan kedua-dua projek tersebut hanya menjadi "gajah putih".

Menjawab soalan Liew mengenai tujuan pembinaan, kos dan penyelenggaraan tahunannya, Saravanan berkata Monumen Alaf Baru Putrajaya dibina dengan kos RM21 juta manakala kos penyelenggaraannya adalah sebanyak RM93,000 setahun.

Bagi Astaka Morocco, kos pembinaannya berjumlah RM20 juta dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM250,000 setahun termasuk pembersihan khas untuk kolam, tulisan khat dinding dan pintu.

Apakah kerajaan sudah merasakan kita ini merupakan negara yang begitu kaya-raya sehingga ikut suka hati mahu berboros berbelanja walaupun benda itu tidaklah sebegitu penting sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata mengharapkan 8,500 orang pelancong?

Sedangkan benda yang lebih penting masih begitu banyak yang belum diselesaikan oleh kerajaan dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini.

Mana lebih penting, monumen dan Astaka Morocco berbanding rakyat yang belum lagi mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya? Apakah kerajaan sudah berjaya menyelesaikan segala kemudahan yang diperlukan rakyat seperti jalan raya yang elok, kemudahan elektrik di pendalaman, penyediaan air bersih ke rumah-rumah rakyat?

Bagaimana keadaan taraf hidup rakyat di pendalaman?Apakah paras kemiskinan tegar sudah berjaya dihapuskan?

Jangan bila kantung wang kerajaan dah hampir kering, mula mencari rakyat untuk sama-sama bertindak, ajak rakyat berjimat cermat, minta rakyat bersabar dengan kenaikan harga barang dan sebagainya.

Tetapi bila ada sikit duit, mulalah berbelanja secara merapu dan melulu tanpa memikirkan mana yang penting dan mana yang tidak penting.

Rakyat di ajar berjimat cermat, beli apa yang perlu abai apa yang tidak perlu. Tapi kerajaan bagaimana?

Bukaklah mata hangpa wahai rakyat Malaysia, negara kita telah diperintah oleh kerajaan yang suka berboros dan tidak menghiraukan kita sebagai rakyatnya. Kita hanya dipandang ketika pilihanraya tiba. Masa tu barulah mereka akan cari kita dengan ‘umpan’ dua tiga ratus ringgit supaya mengundi mereka.

Mana maruah kita?Jadikan pilihanraya akan datang sebagai permulaan untuk mengajar mereka erti bertanggungjawab. Supaya mereka mengerti siapa yang lebih berkuasa, rakyat atau kerajaan? -

WarkahDaily

No comments:

Post a Comment