ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 July 2010

Sentimen Agama Menyelinap Ketika Tonton World Cup



Masa remaja dahulu, seperti kebanyakan remaja lelaki lain, saya kuat main bola. Padang Rumah Halimi (Rumah B) Sekolah Alam Shah ada padang Wimbledon. Petang-petang kami bertarung di situ. Bila usia meningkat hingga 40 an kini, masih lagi menonton terutama ketika Bolasepak Piala Dunia sedang memuncak sekarang. Tetapi tak lah sampai makan bola, tidur bola, mimpi bola atau gila bola dan demam bola.

Kalau ada pun sedikit bersin dan selesema bola. Nampaknya bukan saya sahaja yang ada sedikit ilmu agama ini terkesan dengan bola, rupa-rupanya ketua juri hakim Majlis Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan (?) pun, Datok Wan Muhammad terkesan dengan bola ketika mengumumkan keputusan Majlis Tilawah al-Quran baru-baru ini dengan berpantun menyebut Argentina lawan Jerman. Bukan ini yang saya mahu ceritakan.

Cerita sebenar ialah entah kenapa apabila menonton bolasepak Piala Dunia sekarang, kecenderungan menyokong pasukan mana bergantung kepada sentimen agama. (Nampaknya sentimen ini ada juga kepada Datuk Kadir Jasin, cuma ia cenderung melalui citarasanya sendiri).

Misalnya ketika Brazil vs Belanda. Saya ajak anak-anak (yang suka tengok bola) tak sokong Belanda. Anak-anak tanya, kenapa abah? Saya jawab kat Belanda ni lah yang buat karikatur hina Nabi. Begitu juga tentang Denmark, Amerika dan England. Masing-masing ada rekod buruk kepada Islam dan umat Islam. Saya tak suruh sokong lawan mereka tapi tak sokong mereka. Mungkin nampak pelik sedikit tapi sentimen itulah yang ada dalam diri. Ekstrimkah sentimen ini? Saya harap tidak. Ia bukan dibuat-buat, tapi terasa dalam diri begitu.

Ketika Argentina vs Jerman, anak-anak tanya, abah sokong mana? Saya tak tahu nak jawab. Kalau ketika remaja dahulu, mungkin minat Maradona (sekarang tak minat dah. Nampaknya dia sudah sombong. Pasukannya kalah) atau lain-lain pemain. Sudah tiada lagi pemain bolasepak yang diminati kerana bola sekarang hanya ditonton kerana minat dengan aksi menarik dan cara gol disumbat sahaja. Argentina dan Jerman kurang ketara dari segi diskriminasi atau sikap anti-Islam. Mungkin di Jerman ada tapi tidak sebesar jenayah negara lain.

Siapakah yang ke final? Bola itu bulat. Padang itu rata. Referee itu neutral. Mana-mana pasukan boleh menang. Tapi yang payah kalah ialah BN kerana bola bujur, padang tak rata dan referee bias. Eeh, ke situ pulak perginya!



ustnik

No comments:

Post a Comment