ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

05 July 2010

tak mau negara islam.....UMNO selamanya BACUL dan CABUL ISLAM

Dasar dua lidah , satu telinga dan ibarat kera kena budu diteruskan oleh UMNO.Apabila kenyataan TGNA diputar oleh BERNAMA dan apabila UMNO terus menerus menganggap semua orang berpolitik seperti mereka.Pertanyaan wartawan yang dikatakan mudah tetapi dijawab dengan berbelit belit diaggap amalan semua orang politik seperti lidah UMNO, atas keadah yang sama jugalah Mashitah mengatakan hanya UMNO yang layak membela Islam sedangkan sebuah parti Islam didakwa menjual Islam kepada orang kafir.


Dakwaan ini dikuatkan dengan bantahan Karpal kepada sebuah negara Islam yang tak kunjung padam.Tetapi malang sekali puak puak dua lidah, satu telinga dan kera kena budu ini tidak pula mendefinasikan Negara Islam selain merujuk kepada pengisytiaran Mahadir yang dibantah Karpal itu.

Apakah pengisytiaran Mahadir itu menepati kehendak negara Islam seperti digariskan oleh alquran, alsunnah, qias dan ijmak ulamak tidak pula diperincikan oleh puak puak dua lidah, satu telinga dan kera kena budu ini.

Sebaliknya, parti yang dikatakan menjual Islam itulah yang lebih komited dalam mendefinasikan sebuah negara Islam dengan mengambil semua panduan yang terdapat dalam Al quran, Al hadis, Qias dan Ijmak ulamak.Negara Islam juga diterjemahkan dengan amalan pemimpin dan ahli ahlinya seperti pematuhan kepada waktu solat dan lain lain waktu ibadat khusus dalam semua program dan aktiviti parti tidak seperti UMNO yang main hentam kromo sahaja dalam semua program dan aktiviti mereka.Kalimah ALLAH membangkitkan kemarahan UMNO termasuk penyelidik penyelidik mereka di IKIM tetapi pengabaian syariat ALLAH oleh UMNO dianggap remeh.

Karpal Singh boleh difahami kalau menentang idea negara Islam tetapi rasanya Karpal tidak akan membantah kalau syariat Islam hanya dilaksanakan ke atas orang orang Islam sahaja seperti amalan sekarang yang mewajibkan undang undang syariat ala UMNO ke atas orang Islam sahaja.

Satu ciri utama dalam negara Islam ialah melaksanakan undang undang jinayah atau hudud dan qisas yang sehingga kini diabaikan oleh UMNO dengan berbagai bagai alasan termasuk hudud yang dirangka bukan hudud Islam tetapi hudud PAS, perlaksanaan hudud akan menyebabkan kemunduran orang Islam, hudud itu zalim dan hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk.

UMNO menafikan ciri ini apabila Mahadir mengisytiarkan Malaysia sebagai negara Islam malah ciri ciri utama lain seperti pengharaman judi langsung tidak disentuh sebaliknya apabila timbul isu judi paial dunia, Mahadir sendiri mahu ianya diluluskan atas alasan orang cina suka berjudi.Apakah ini dikatakan negara Islam?Karpal Singh ada hujah yang kuat apabila menafikan negara sebegini sebagai negara Islam walaupun mungkin dia tidak faham apakah negara Islam sebenarnya.

Ciri ciri kepimpinan negara Islam juga tidak pernah diikuti oleh UMNO sebaliknya pemimpin mereka dari atas sehingga ke peringkat paling bawah melakukan banyak pelanggaran kepada larangan agama ketika berpolitik.Rasuah yang dijenamakan semula seperti politik wang,komisyen dan duit kopi untuk tujuan lobi melobi menjadi amalan biasa semua peringkat kepimpinan mereka.Aurat tidak dititik beratkan oleh pemimpin wanita mereka dan anak isteri pemimpin mereka.Begitu juga gaya hidup yang bertentangan dengan panduan Islam menjadi amalan harian kebanyakan keluarga pemimpin mereka.Apakah ini yang dikatakan Mashitah bahawa UMNO sajalah yang mampu membela Islam?

Kalau Karpal singh membantah usaha PAS dan Tok Guru untuk melaksanakan hukum dan panduan Islam atas nama negara Islam, bantahannya boleh difahami dan Karpal juga seorang yang terbuka yang boleh dibawa berbincang, tetapi macam mana pula penolakan UMNO yang selama ini ditonjolkan menerusi perbuatan mereka walaupun satu daripada lidah mereka menyebut merekalah pembela Islam.

Sikap kera kena budu UMNO pula tidak lepas lepas menyebabkan mereka berbohong dan mengganggap semua orang berpolitik seperti mereka.Kerana itu mereka tetap mendakwa PAS juga terlibat dengan hanky panky seperti mereka, terlibat dengan tipu muslihat politik Plato dan Aristortle dan kerana itu jugalah Mukhris berkata PAS lebih sesuai bersama UMNO berbanding DAP seolah olah UMNO menyokong cita cita perlaksanaan syariat dan syiar Islam di bumi tercinta ini.

Mukhris boleh mengganggap PAS sama seperti UMNO tetapi ahli PAS tetap tahu bahawa PAS jauh lebih ke depan dalam ikhtiar melaksanakan cita cita syariat dan syiar Islam yang boleh diterjemahkan sebagai sebuah negara Islam.Ahli PAS tetap yakin bahawa DAP jauh lebih baik dalam menyediakan platform yang luas untuk berdakwah berbanding UMNO yang sudah mati matlamat kehidupan insaniahnya.

UMNO meletakan DAP sebagai anti Islam tetapi menerima MCA, MIC dan Gerakan serta PBS sebagai rakan tetapi sebenarnya kesemua golongan ini hanyalah rakan maksiat UMNO.

DAP jauh lebih baik dari kesemua parti parti kompenan BN yang bersama UMNO.Oleh itu langkah dan percubaan untuk mengertak PAS termasuk oleh ZUL NORDIN katak haprak, hanyalah satu percubaan memasang lukah di pergentingan yang tidak ada ikan.Karpal Singh jauh lebih baik dari Mahadir, Najib , Zul Nordin atau mana mana pemimpin UMNO bilamana menyatakan penentangannya kepada konsep negara Islam.Karpal pernah berkata langkah mayatnya dulu sebelum negara Islam mahu ditegakkan.Tetapi sedarkah kita bahawa Mahadir dan ramai lagi pemimpin UMNO termasuk KJ yang mengatakan perkara yang sama tetapi dengan bahasa yang berlainan?Bahasa beruk..........

Karpal tak mahu negara Islam tak sama dengan (#) UMNO tak mahu negara Islam



notan

No comments:

Post a Comment