ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 July 2010

Umno-BN Talam Dua Muka, Kecam tapi dalam masa yang sama buat hubungan haram dengan Zionis




Perdana Menteri telah menipu rakyat Malaysia serta berbohong di dalam parlimen kepada anggota Dewan Rakyat yang menyokong usul mengecam rejim Zionis Israel hubung serangan ke atas 'freedom flotilla'

Dengan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza itu kerajaan beliau  telah menipu rakyat Malaysia sbila  pada masa yang sama kerajaan Umno-Barisan Nasional menjalin hubungan dagangan dengan negara haram tersebut.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat mengemukakan usul untuk mengheret Datuk Seri Najib Razak ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) namun Speaker, Tan Sri Pandikar Mulia menolaknya atas alasan hujah dan kenyataan yang dibuat di luar Dewan dalam apa bentuk sekali pun adalah di luar ruang lingkup maksud Peraturan Mesyuarat 36(12) walaupun Menteri Pengangkutan mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Zionis Israel.

Ini   adalah jelas Najib telah bersikap hipokrit dengan menipu parlimen dan rakyat.

Apa guna kita mengecam sedangkan pada masa yang sama kita membantu memperkukuhkan ekonomi Zionis Israel melalui hubungan perdagangan yang telah dilakukan oleh kerajaan yang dilakukan secara rahsia.

Kerajaan Umno-BN tidak ada dasar yang tegas terhadap Zionis Israel dan sememangnya 'bermain mata' dengan negara itu,

Kita  juga  meminta penjelasan mengapa tidak ada penafian daripada kerajaan bahawa negara tidak ada hubungan dagangan dengan rejim Zionis itu.

Semasa perbahasan  dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10, telah di dedahkan ada propektusdi dalam perpustakaan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  yang jelas menunjukkan peluang bagi usahawan dan peniaga di Malaysia dengan negara haram tersebut.

Kerajaan sepatutnya memberikan maklum balas secara bertulis daripada kementerian terbabit kepada rakyat  kerana perkara itu dibangkitkan semasa membahaskan RMK-10.

Yang DiPertua sepatutnya mengarahkan kepada kementerian terbabit memberikan jawapan kepada persoalan di ajukan , apa kedudukan dakwaan tersebut, betul atau pun tidak?.

Hari ini kerajaan Umno-BN menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi tetapi pada masa yang sama kerajaan Umno-BN yang sebenarnya mempunyai hubungan akrab dengan negara haram Israel itu.

cakap tak serupa bikin....dasar munafik najib dan kerajaan  UMNO-APCO-BN yang memerintah...

No comments:

Post a Comment