ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

29 November 2011

Otak lembu pemimpin UMNOPORNO...gila kuasa yang takut hilang kuasa.

 

Umno kini bertindak seolah-olah macam Hilter dan “lidah bercabang” apabila Ketua Penerangannya mendakwa orang Melayu akan hilang segala kuasa jika perikatan tiga tahun itu memenangi jika banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13.

Dalam kenyaatan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan dibuat oleh pemimpin Umno itu berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.Ini serupa dengan (kenyataan) Hitler mengenai ancaman orang Yahudi dan musuh-musuh dalaman (di Jerman) dengan merujuk kepada Adolf Hitler yang mengetuai Jerman ketika era Perang Dunia Kedua.

Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.
“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.
“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.

Mengulas kenyataan itu,  Umno seolah-olah mahu memainkan peranan McCarthy yang baru, merujuk kepada bekas senator Amerika Syarikat Joseph McCarthy, pemimpin antikomunis pada era 1950-an.

Kenyataan Ahmad pagi tadi menunjukkan Umno masih dibayangi agenda rasis dan meneruskan budaya menyebarkan ketakutan di kalangan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13.
kerajaan Datuk Seri Najib Razak sangat jelas mahu terus mengumpan PAS selepas berkali-kali gagal menawan parti Islam itu.Ini yang dikatakan kenyataan lidah bercadang. Bagaimana mereka hendak
kata hendak mengenai kedudukan MCA, MIC dan Gerakan (dalam Barisan Nasional)?

Parti pemerintah peringkat pusat ini sudah keliru dengan aspirasi progresif seperti Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Kenyataan Ahmad itu sebenarnya mahu mencetuskan kebimbangan di kalangan orang Melayu meskipun Setiausaha DAP  Lim Guan Eng sudah pun mengatakan bahawa mustahil bagi “seorang Cina menjadi perdana menteri.”

No comments:

Post a Comment