ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 December 2013

aku sokong seekor bangsat UMNO nie kata....lepas nie rakyat yang sokong pembangkang tak payah bayar cukai...biar bangsat bangsat UMNO tanggung semua cukai termasuk GST sebab duit depa semua bertingkat tingkat....!!!!

Seorang pemimpin Umno Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung Umno petang  kelmarin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong Umno serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.

Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan kerajaan itu.

"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju.

Nampaknya si bahalul nie i masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.

Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.

Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung Umno atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.

Sekiranya bantuan BR1M hanya ingin diberikan kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, maka seharusnya mulai tahun depan wang rakyat atau pembayar cukai tidak lagi digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya gunakanlah wang Umno atau wang daripada poket Najib.

Selagi wang pembayar cukai yang digunakan, adalah cadangan yang tidak masuk akal jika hanya penyokong Umno dan BN saja yang layak menerima bantuan BR1M itu.

Kalau pun juga BR1M hanya mahu diberikan dengan menggunakan wang pembayar cukai tetapi hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN saja, seharusnya kerajaan juga mengecualikan penyokong PR daripada membayar cukai kepada kerajaan. Malah cukai GST yang mahu diperkenalkan tahun 2015 nanti hanya dikenakan kepada penyokong Umno dan BN saja.

Jika itu dapat dilakukan, barulah layak hanya penyokong Umno dan BN saja yang diberikan BR1M sepertimana cadangan Shafei itu. Dengan masih ada pemimpin Umno yang berfikiran sedemikian, ia tidak lain hanya menambahkan gelak ketawa rakyat terhadap mentaliti dan kualiti pemimpin dalam Umno sekarang ini.

Setelah sebelum ini kita dihidangkan dengan kenyataan pemimpin Umno yang meminta rakyat jangan makan ayam kerana harganya sudah naik, tanam sayur di belakang rumah kerana harga sayur makin mahal, duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan sistem pilihan raya dan pelbagai lagi, gesaan terbaru daripada seorang lagi pemimpin Umno yang meminta BR1M hanya diberi kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, tidak lebih sebagai bukti bahawa betapa ramainya pemimpin "cap ayam" di dalam parti itu.

Terserlahnya satu demi satu pemimpin yang berkualiti "cap ayam" dalam Umno, mudah-mudahan akan memberi lebih kesedaran kepada rakyat untuk terus membuat perubahan dalam pilihan raya nanti.

 

 

penyapu sial

 

Shafee Abdullah ni yg kalah teruk kad Wangsa Maju diPRU yg lalu.Dia guna gelaran Dr.walau pun tak pernah jijak kaki dimana-mana universiti.Tak heiran Dr Bangang ni buat kenyataan macam orang terencat akal sebab banyak habis duit masa jadi calun tempoh hari.Dia fikir wang BRIM tu dato dia dari Pahang yg kasi.Nasib baik kalah kalau dia menang tak tau apa dia nak cakap diParlimen.Sejenis dengan Kinabatangan.

Hebatnye, UMBONGOK ada system utk check rakyat undi sape. hahaha. Mcm lahanat mangkuk ni. Mmg kaki jilat punggung, bercakap guna punggung. Ingat sket, BR1M tu je talian hayat UMBONGOK, dgn buat statement gila ni mcm nk sabotaj parti sendiri je? Jeng, jeng, jeng. Lingkup lah kau Shafee dgn UMBONGOK.

No comments:

Post a Comment