ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 December 2009

Dakwa difitnah, Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin

Zaid Ibrahim, ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menyaman penulis blog A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai pengacau dalam PKR melalui tulisannya Zaid, the Hurricane Hattie of PR bertarikh 21 Oktober lalu, tulis A Kadir Jasin dalam blognya.

Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin beralamat di kadirjasin.blogspot.com dalam tulisannya petang ini bertajuk Senator Zaid Ibrahim Saman Saya menulis saman itu telah disampaikan kepadanya oleh syarikat guaman Zaid hari ini.

"Buat makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk 'Zaid, The Hurricane Hattie Of PR' yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu," tulis Kadir.

Tulis Kadir, antara tuntutan Zaid termasuk perintah tuntutan maaf, ganti rugi kerana libel dan injunksi menghalang penerbitan tulisan dalam blog terbabit.

Dalam tulisan terbaharunya itu, Kadir menulis beliau percaya kepada kebebasan bersuara, menyebabkan beliau tidak berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid yang membalas tulisan beliau pada hari yang sama.

Kadir juga menulis, "Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya."

Zaid dalam tulisan bertajuk Kalau Hati Dah Busuk... di myzaidibrahim.wordpress.com juga pada 21 Oktober lalu mengkritik keras Kadir yang disifatkan sebagai orang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan membawa propaganda bohong.

"Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya," dakwa Zaid.

harakah

No comments:

Post a Comment