ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

01 December 2009

Muhyiddin: “Biarlah Nik Aziz lama dalam PAS kerana ia berguna juga”

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat patut kekal menjadi pemimpin parti itu kerana banyak perkara yang akan dilakukannya dapat mencerminkan sikap sebenar parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata terserah kepada Menteri Besar Kelantan itu sama ada mahu terus kekal menerajui parti berkenaan walaupun pelbagai pihak meminta beliau supaya berundur.

“Saya rasa biarlah Nik Aziz lama dalam Pas kerana ia berguna juga. Banyak perkara yang dilakukannya mencerminkan sikap sebenar PAS.

“Kalau ketua mereka timbulkan kucar kacir, rakyat khususnya orang Islam, tentu rasa tidak selesa dan bimbang kerana beliau buat pelbagai fatwa yang songsang yang bercanggah dengan agama.

“Sebab itu lagi lama beliau memerintah, lagi baik kerana beliau mencerminkan hala tuju Pas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan loji janakuasa Tanjung Bin di Serkat, dekat sini, hari ini. Muhyiddin juga berkata beliau hairan kenapa ramai tokoh agama dalam PAS takut untuk menegur pemimpin mereka.”Inilah yang membawa kesan yang buruk. Inilah yang aneh kerana mereka tidak berani menegur pemimpin sendiri. Mungkin ada, saya tidak tahulah.

Pemimpin PAS sama-sama bersubahat. Dalam Islam kalau kita tidak tegur perbuatan yang salah, kita turut bersubahat dengan orang yang melakukan kesilapan,” katanya.

Mengulas mengenai perbuatan beberapa pemimpin DAP memijak poster tiga anggota Bebas, Dewan Undangan Negeri Perak pada konvensyen parti berkenaan semalam, Muhyiddin berkata ia adalah tindakan tidak bermoral dan tidak menguntungkan pembangkang.

“Rakyat juga boleh menilai perbuatan mereka kerana walaupun kita jadi pembangkang (di Perak) tetapi kita tidak pernah melakukan sebegitu. Ini menggambarkan akhlak yang rendah,” katanya.

Muhyiddin berkata pelbagai perkara boleh berlaku dalam politik kerana pihak kerajaan dan pembangkang tidak bersetuju antara satu sama lain namun semua pihak perlu menekankan nilai-nilai etika dan saling menghormati. Poster wajah Anggota Dewan Undangan Negeri Jelapang, Hee Yit Foong, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, dan Adun Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, diletakkan di lantai pintu masuk dewan dan dipijak oleh mereka yang hadir ke konvensyen itu. — Bernama


penyapu sial

"dalam Islam kalau kita tak tegur perbuatan yang salah, kita turut bersubahat dengan orang yang melakukan kesilapan" katanya.

bijak juga TPM mempermainkan agama. agama mana agaknya yang ingin ditegakkan. dan agama mana yang ingin dijatuhkan. nak kata Islam, tak nampak pun kemajuannya. nak kata mempertahankan ulama..ulama dicela, dihina, difitnah agar maruah diri tercemar. sekolah Agama dikurangkan.

harap-harap lidah TPM sahaja yang sesat, kalau hatinya sesat punah ranah umat Islam. jadi tunggangan. kerana pemimpin-pemimpin Islam sebeginilah menyebabkan negara Islam tidak bersatu.
mulut kata lain, hati kata lain. depan kata lain belakang kata lain.

orang tak salah dicemuh-cemuh supaya nampak bersalah. orang yang bersalah dipujuk-pujuk dan diberi ganjaran dan dilepaskan tuduhan. agama mana agaknya TPM anuti.

No comments:

Post a Comment