ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 May 2010

Sime Darby Rugi Berbilion Ambil Alih Projek Nazak

Sime Darby Berhad mengalami kerugian lebih RM1.6 bilion kerana antara lain mengambil alih projek nazak seperti Empangan Bakun di Sarawak, kata pengerusi syarikat gergasi itu, Tun Musa Hitam.
Musa berkata pada tahun 2002, Sime Engineering Sdn Bhd mengambil alih Bakun, ketika projek itu mengadapi pelbagai masalah, khususnya dari segi kos yang menjangkaui anggaran.


Saya pernah bertelagah de-ngan pucuk pimpinan terdahulu mengenai projek Bakun, ...lebihan kosnya besar, kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Proses pengambilalihan projek Bakun ini berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara.

Dalam wawancara itu juga, Musa memberitahu bahawa Sime Darby mendapat kontrak projek Bakun pada harga yang rendah meskipun projek itu berskala besar.

Beliau mempersoalkan kenapa kerajaan tidak langsung memantau projek yang menelan berbilion ringgit itu walaupun ia membabitkan kepentingan nasional.

“Ia dianugerahkan kepada seseorang, kemudian ia ditender semula ketika itu, Sime Engineering memperolehinya. Ia tidak ada kaitan dengan Sime Darby sekarang. Namun bagi saya tentu kerajaan tahu, boleh menyekat ataupun mengawasi Sime Engineering ketika itu. Ini merupakan projek nasional,” tambah beliau.

Pendedahan oleh Musa itu harus mengundang siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia membabitkan syarikat kepen-tingan nasional yang mengambil alih projek-projek tenat, kata Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut beliau, projek Bakun nazak sekitar tahun 1997 selepas syarikat milik jutawan Ting Phek King, Ekran Berhad, gagal menyi-apkannya melalui Bakun Hydroelectric Coporation.

Sime Darby umpama menangung biawak hidup apabila terpaksa mengambil alih projek Bakun yang gagal dilaksanakan. Umum tahu hubungan akrab antara Ting dengan Dr Mahathir dan ini bukan perkara baru,’’ tambah beliau.

“Pada masa itu kos melambung tinggi dan Ting juga dilaporkan menuntut perbelanjaan yang tidak sepatutnya untuk projek Bakun,kata Johari.

Johari meminta SPRM menyiasat kerugian yang ditanggung Sime Darby kerana ia melibatkan kepentingan awam dan dana awam diguna untuk membiayai projek berkenaan yang tertangguh beberapa kali.

“Pertama, SPRM perlu siasat dan kita minta dedahkan laporan di parlimen kerana ini melibatkan duit orang ramai yang menabung dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja(KWSP) dan pegangan dalam Permodalan Nasional Berhad(PNB) yang akan diguna untuk menyelamatkan Sime Darby dan Bakun,” ujarnya.

Mengenai kerugian ditanggung Sime Darby, beliau juga menambah, antara punca kerugian kerana membuat banyak pelaburan bukan di dalam bidang terasnya iaitu perladangan.

Sime Darby tidak fokus pada kepakarannya dalam perladangan yang mempunyai risiko rendah. Nampak keuntungan di bidang lain besar tetapi risiko tinggi. Adakah kita mahu meletakkan duit rakyat dalam sektor yang berisiko tinggi?,” katanya yang menambah bahawa adalah lebih baik syarikat itu membuat pelaburan di dalam negara.

Sime Darby mengalami kerugian hampir RM1.6 bilion dari divisyen Tenaga dan Utiliti akibat lebihan kos dalam projek minyak di Qatar dan empangan Bakun.

Berikutan itu syarikat itu mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, untuk bercuti sementara siasatan dijalankan.

Ramai pihak turut mendesak Musa meletakkan jawatan atas kerugian besar yang ditanggung Sime

Sime Darby Rugi Berbilion Ambil Alih Projek Nazak

No comments:

Post a Comment