ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 May 2010

Mahathir Bazir RM100billion. Rakyat Kena Bayar PTPTN

Penulis Barry Wain menyatakan beliau ada bukti ke atas dakwaan beliau yang Dr Mahathir telah bazirkan wang rakyat sebanyak RM30 billion. Bagi saya sendiri, saya yakin pembaziran Mahafiraun ini melebihi dari itu. Misalnya, rakyat Malaysia terpaksa membeli kereta Proton dengan harga 100% dari harga pasaran sebenar. Keuntungan yang dikaut Proton itu adalah SATU PEMBAZIRAN kepada rakyat Malaysia. Misalnya, sepatutnya rakyat Malaysia membayar sebiji Proton Wira dengan harga RM25k, tetapi disebabkan oleh Mahafiraun, kita terpaksa membayar dengan harga RM60k. Bayangkan pembaziran yang DIPAKSA ke atas Rakyat Malaysia.

Misal lagi satu adalah bagaimana duit milik rakyat Malaysia hilang dalam sekelip mata. Duit yang berjumlah RM30 billion telah lenyap kerana digunakan untuk "berjudi" dalam Pasaran Mata Wang Antarabangsa. Di waktu bank-bank negara dari negara kaya pun tak berani main di Pasaran Wang Antarabangsa ini, Mahafiraun dengan bantuan Nor Mat Yaakob telah bermain "judi" dengan wang rakyat. Apabila rugi, RM30 billion wang rakyat LENYAP. Nor Mat Yaakob tidak pernah dibicarakan malahan dilantik Menteri Penuh. Padahal, Nor Mat Yaakob sepatutnya duduk dalam Penjara Kajang bersama2 Halim Saad dan Tajuddin Ramli dan Daim Zainuddin.

Rakyat Malaysia pula diberitahu untuk berhenti bergantung pada Kerajaan. Maka, rakyat Malaysia tidak boleh lagi mendapat biasiswa tetapi harus membayar balik PTPTN. Bila tamat pengajian, gaji permulaan siswazah lebih rendah dari kos hidup. Terpaksalah kita bekerja sampai ke lubang kubur.

Manakala, perompak2 seperti Mahafiraun dan Nor Mat Yaakob hidup mewah dan senang selepas menghilangkan wang rakyat RM30 ribu juta.

Sekian


tulang besi

Wain: 'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bukti'
Salhan K Ahmad
Mei 21, 10
11:51am



Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

No comments:

Post a Comment