ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 May 2010

tangkap membabi buta....Dua Suspek Kes Bunuh Nurin Dapat Ganti Rugi




Seorang peniaga kain dan adik iparnya yang pernah menjadi suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, tiga tahun lalu, masing-masing memperoleh ganti rugi RM41,500 dan RM31,500 setelah tuntutan saman mereka dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Hakim Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan yang dikemukakan peguam Azmer Md Saad yang mewakili Mohamad Zamri Ibrahim, 36, dan Mohd Suhaimi Yusoff, 31.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi selaku plaintif memfailkan tuntutan saman mereka pada 19 Jun 2009 atas dakwaan ditangkap dan ditahan secara salah oleh polis.

Mereka menamakan ASP Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan yang diwakili peguam persekutuan, Natrah Mazman.

Dalam penghakimannya, Sabariah berkata Mohamad Zamri diberi ganti rugi itu berdasarkan alasan keterangan polis bahawa dia bukanlah suspek yang dicari dalam kes itu.

Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan pihak polis, penahanannya (Mohamad Zamri) adalah secara salah dan tanpa alasan atau syak yang munasabah, malahan polis telah menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap beliau.

Sabariah berkata, Mohamad Zamri juga berjaya membuktikan keseimbangan kebarangkalian dalam kes itu.

"Sehubungan itu mahkamah membenarkan ganti rugi kecederaan RM1,500, ganti rugi salah tahan RM10,000 dan ganti rugi hukuman/teladan sebanyak RM30,000, yang membawa jumlah keseluruhan ganti rugi RM41,500.

"Mohamad Zamri juga diberi ganti rugi faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu," katanya.

Adik iparnya, Mohd Suhaimi, pula diberi ganti rugi RM31,500 kerana dia ditahan atas alasan yang munasabah namun dia telah dicederakan dengan secara tidak wajar.

"Dengan itu tuntutan plaintif hanya dibenarkan setakat ganti rugi kecederaan RM1,500 dan ganti rugi teladan RM30,000 serta faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu," kata Sabariah.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Mayatnya ditemui pada 17 Sept tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya.

Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka telah dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis.

Mereka berkata mereka kemudiannya telah disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi mendakwa anggota polis kemudiannya telah bertanyakan bertalu-talu dengan nada keras dan kasar di mana Nurin dikurung serta di mana VCD lucah diletakkan tetapi kedua-dua mereka itu telah memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak tahu menahu berkenaan dengan perkara itu.

Kedua-dua mereka berkata akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

Mohamad Zamri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang telah mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan.

Mohd Suhaimi, dalam pernyataan tuntutannya, berkata dia ditangkap oleh polis ketika dia berada dalam kedai milik Mohamad Zamri.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhami, yang hadir di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta hari ini, memberitahu pemberita bahawa keputusan itu telah dapat membersihkan nama dan maruah mereka.

tvs

No comments:

Post a Comment