ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 May 2010

DAH LAMA DAH....NEGARA INI UMNO JADIKAN NEGARA KAFIR...

Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?














Dalam berita bertajuk "Batalkan saja!", myMetro hari ini melaporkan pahlawan kesiangan mencabar Pakatan Rakyat (PR) terutama PAS dengan sokongan DAP untuk membahas bantahan pelaksanaan pemberian lesen judi terbabit di Parlimen. Menurutnya, sebelum ini DAP pernah difahamkan turut tidak bersetuju pemberian lesen judi itu.

“Jika mereka tidak bersetuju, gunakan saluran betul dan sekiranya benar mereka membangkang pemberian lesen judi itu, ini bermakna mereka mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya (berita itu dicopy and paste oleh Mat Hashim di sini).

Saya tak akan bantah hak demokratik orang untuk bersuara. Tapi kalau ya pun, biarlah nampak cerdik sikit.

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang bagi lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010, apa cerdiknya PAS dengan DAP pulak yang hang cabar? Setau saya, puak PAS dan DAP dah lama bersuara menentang judi itu, jauh lebih lama sebelum pahlawan kesiangan bersuara.

Yang nak tergelaknya, pahlawan kesiangan itu juga menjerat parti dia sendiri, Umno, bila dia berkata, sekiranya benar PAS dan DAP membangkang pemberian lesen judi itu, ini bermakna mereka mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Soalnya, bila kerajaan Umno BN memberi lesen judi itu kepada tuan besarnya, Vincent Tan, adakah ia bermakna Umno BN hendak menjadikan negara ini negara kafir?

Kalau kita kata bodoh, mesti dia marah. Malangnya, tidak kelihatan cerdik.

Apa pun, saya bersetuju bila seorang lagi pahlawan kesiangan dalam isu judi ini berkata (hebat sungguh adab Melayu dia!):
Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombor Ekor (Empat Digit) Magnum, Toto, Damachai dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.

Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang.

Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan, Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat (lihat "Lesen Judi PERKASA cabar Pemuda PAS" dalam laman kumpulan yang saya tengok ramai yang sebut Perkosa itu).

Kalau judi berlesen bersepah di Pulau Pinang dan Selangor, saya tak nak kata apa la. Tapi adakah Pemuda PAS takut sangat kepada Datuk Seri Azizan Abdul Razak (biasanya saya tak panggil pemimpin PAS dengan gelaran istana) bila di Kedah pun judi berlesen lebih bersepah lagi?

Kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR, jangan sampai orang kata tak berapa reti nak berlawan. Kalau hampa tarik balik lesen premis kepada pusat-pusat judi itu, tentulah akan berkurangan sumbangan tauke-tauke judi tu kepada dana politik Umno dan BN.

Apa pun, sebagai rakyat biasa, saya akan tetap memberitahu rakyat Malaysia sampai depa sedar bahawa poster-poster, banner-banner, markas-markas serta apa saja yang hampa nampak hebat sangat yang ada pada Umno BN, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan tauke-tauke judi seperti tuan besar mereka, Vincent Tan - sebahagian besarnya adalah sumbangan hasil perjudian seperti Empat Nombor Ekor Magnum, Toto, Damachai dan loteri. Yang tu hampa jangan lupa.

People, wake up!

Sumber: penarikbeca

No comments:

Post a Comment