ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 May 2010

penangan taik judi dan yahudi ...otak semua pak menteri jadi bengap dan bodoh bodoh APCO....

1. Kadang-kadang aku terfikir, adakah negara ini diurus dan di tadbir oleh manusia-manusia bodoh? Mungkinkah kebodohan manusia-manusia yang diipilih menjadi pemimpin itu bakal membawa negara ke arah kehancuran? Kalau betul, kitalah yang lebih bodoh kerana memilih orang-orang bodoh memimpin kita.

2. Jika dilihat apa yang berlaku seminggu dua ini, risau juga kalau-kalau sangkaan buruk tentang kebodohan mereka itu berbetulan. Alangkah ruginya bangsa dan negara. Alangkah bodohnya aku memilih pemimpin yang bodoh dan tidak dapat berfikir dengan baik.

3. Sedang bangsa Melayu beragama Islam berusaha membendung segala bentuk maksiat dan kemungkaran, para pemimpin kerajaan meluluskan pula satu lesen perjudian, padahal semua orang tahu bahawa judi itu haram. Apa agama pun tidak suka judi sebab tiada satu pun kebaikan yang didapati dari judi. Yang suka judi hanyalah golongan mungkar.

4. Walau apapun alasan yang diberikan dan akan diberikan, langkah meluluskannya adalah satu langkah bodoh dan mengundur ke belakang. Tambahan pula menurut seorang menteri langkah itu dibuat untuk membendung pertaruhan haram yang menurutnya pasti akan timbul. Meluluskannya dilihat sebagai langkah terbaik untuk tujuan tersebut? Alasan paling bodoh pernah didengar.

5. Kalau para pemimpin ini bijak dan cerdik, malah kalau sudah tahu akan wujud pertaruhan haram sepanjang Pesta Bolasepak Piala Dunia itu nanti, apa tunggu lagi? Pertingkatkan usaha dan tambah kakitangan dan penguatkuasa bagi membanteras sindiket tersebut, bukan ‘menghalalkan’ benda yang haram itu.

6. Masalah pekerja asing khasnya pembantu rumah memperlihatkan satu lagi kebodohan para pemimpin negara. Bermula dari menteri hinggalah kepada Perdana Menteri sendiri terbawa-bawa dengan karenah pembantu rumah dari Indonesia ini. Nampak sangat betapa deperadonya kita sehingga menurut saja apa syarat yang ditetapkan oleh Indonesia.

7. Masalah pembantu rumah pun boleh menjadi topik perbincangan Perdana Menteri dengan Presiden Bambang Susilo. Macam tak ada perkara lain yang lebih besar hendak dibincangkan. Pemimpin bodoh kita menurut saja apa yang diminta oleh Indonesia tanpa memikirkan implikasinya kepada majikan di Malaysia. Padahal kedua-dua ketua negara itu boleh berbincang tentang hal-hal lain yanglebih besar dan berfaedah. Hal-hal begini memadai pegawai-pegawai kementerian sahaja yang berbincang.

8. Lagipun, jika mereka pemimpin yang bijak, cari dan fikirkan satu mekanisma agar para pembantu rumah dari luar ini dapat diganti dengan rakyat tempatan. Cari punca kenapa rakyat tempatan tidak berminat dengan kerja tersebut. Rasanya itu adalah jalan yang terlebih baik daripada terus bergantung kepada rakyat Indonesia yang menekan kita dengan berbagai-bagai syarat yang ternyata menguntungkan mereka baik dari segi bidang kerja dan juga pendapatan.

9. Nampaknya semakin malanglah rakyat negara ini mempunyai para pemimpin yang tidak berfikir dan tidak mampu berfikir dan tidak mahu berfikir. Malangnya bangsa Malaysia memilih orang bodoh menjadi pemimpin.

No comments:

Post a Comment