ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 May 2010

terjun kapal ...ada yang lemas....ada yang karam

Loncat=Lompat=Terjun=Jump by zuraisham.

PAS ditubuh dan didaftarkan sebagai parti politik untuk menyertai sistem demokrasi negara.PAS juga merupakan satu satunya wadah perjuangan mengapai cita cita menjadikan Islam sebagai carahidup malah sehingga hari ini PAS sudah membuktikan dirinya sebagai satu satunya wadah atau halaqah atau jemaah yang komited menjadikan Islam sebagai cara hidup.

PAS boleh diibaratkan sebuah kapal yang belayar merentasi samudra luas menuju distinasi bahgia.Namun sepanjang perjalanan ini, berbagai bagai halangan dan badai terpaksa dihadapi sehingga pada ketika ketika tertentu, ada yang bersama di atas kapal itu merajuk, marah dan tidak puas hati dengan kapitan atau pengurusan kapal sehingga ada yang terjun ke laut kononnya untuk membebaskan diri dari penyelewengan haluan kapal PAS tersebut.Tetapi sedarkah kita, bahawa yang terjun itu ada yang sudah mampos ditelan keganasan laut dan ada yang masih terkapai kapai menunggu masa untuk mampos?


Di mana Ustaz Nakaei sekarang sesudah gah di persada bahtera PAS mengutuk kemaksiatan dan mengajak rakyat Malaysia mendaulatkan Islam?Dia sudah mampos bersama UMNO.Ust Nakaei yang seangkatan dengan arwah Ustaz Fadhil Noor sudah hilang kerana terjun dari bahtera PAS.

Apa jadi kepada Arwah Abuya yang satu ketika dulu pernah menjadi penggerak pemuda PAS tetapi terjun ke laut kerana padanya perjuangan PAS tidak mampu mencapai cita cita menjadikan Islam sebagai carahidup?Abuya pada awalnya mengasaskan al Arqam yang mendapat sambutan luar biasa dari umat Islam di negara kita.Al Arqam masih diingati sebagai jemaah yang telah berjaya mengeluarkan umat Islam Malaysia daripada paradok perniagaan yang negatif sehingga berjaya mengeluarkan produk produk Islam tetapi akhirnya Abuya hilang kerana cita citanya untuk menegakkan Islam dengan revolusi tentera badarnya.Kini Abuya sudah pergi meninggalkan perjuangan yang diasaskan sesudah terjun dari kapal PAS yang berakhir dengan kekecewaan walaupun masih ada pengikutnya mengharapkan Abuya akan kembali memimpin umat Islam.

Ke mana pula arah segolongan pengikut yang masih berada atas kapal tetapi bercita cita terjun ke laut untuk memulakan satu perjuangan baru?Ada suara suara yang kedengaran bahawa PAS sekarang terjebak dengan kerakusan politik sehingga kerja kerja dakwah ditinggalkan.Menurut suara ini, kalangan yang menyertai PAS di awal 80an sudah melihat usaha usaha membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam serta meningkatkan ekonomi Islam mula ditinggalkan walhal itulah kerja kerja yang menimbun di awal kebangkitan anak anak muda di awal 80an dulu.Ada sedikit kesilapan dalam dakwaan ini kerana di awal 80an kerja kerja dakwah dan politik sebenarnya amat sukar kerana banyak faktor.Husam Musa.Hj,Wahid Endut,Mahfuz Omar dan beberapa orang lagi pemimpin PAS sekarang menyertai PAS di awal 80an dan merekalah yang layak ditanya seandainya mahu mnegetahui bagaimana sukarnya gerak kerja PAS ketika itu, jangan kata nak berdakwah, nak mendekati masyarakatpun payah.Yang nampak kejayaan sedikit akan ditekan oleh kerajaan UMNO seperti peristiwa arwah ustaz Ibrahim Libya di Memali dan peristiwa berdarah di Lubuk Merbau.

Jadi mengatakan kerja kerja dakwah di awal 80an lebih rancak dari sekarang adalah tidak benar sebaliknya hari ini, PAS dengan lujnah lujnah yang berbagai bagai mula turun dengan lebih teratur dalam kerja kerja dakwah dan kemasyarakatan.Peristiwa ribut di Kuala Ketil umpamanya mampu ditangani PAS dengan sumbangan besar dari unit amalnya, kuliyah agama diadakan hampir di seluruh negara termasuk di Sabah dan Serawak pada ketika PAS terlibat dengan agresif dalam peperangan politik kepartian.Pakatan yang dibina bersama PKR dan DAP adalah satu kejayaan bilamana kedua dua parti ini mengakui usaha PAS untuk melaksanakan carahidup Islam kepada orang Islam.Ini bermakna orang Islam dalam PKR turut menerima carahidup Islam yang membezakan mereka dengan UMNO yang bukan sahaja menolaknya malah menakut nakutkan pula orang bukan Islam dengan berbagai bagai ugutan.

Hujah di atas membuktikan bahawa kapal PAS sedang gah belayar di samudra luas sekalipun ada pihak yang tidak setuju atau tidak senang dengannya.Pengajaran dan peringatan kepada orang orang yang di atas kapal, jangan terjun ke laut tak kira berapa banyakpun tidak setuju dengan nahkoda atau tidak kira betapa benci kepada seseorang.Kepada yang naik kuda,tungganglah kuda itu sekencang yang dikehendaki di atas kapal tetapi jangan terjun ke laut kerana tindakan itu hanya tindakan membunuh diri, lambat laun akan mampos.

No comments:

Post a Comment