ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 May 2010

UMNO Dihanyutkan Arus Lautan Kemaksiatan

"Setelah gagal menjadi parti pelbagai kaum dan hanya berjaya menjadi juara perkauman, UMNO dihinggapi penyakit sawan. Mereka terperanjat besar apabila parti yang pernah mereka cap sebagai ekstremis berubah menjadi parti yang disokong oleh pelbagai kaum; sedangkan mereka masih di takok lama. Yang berubah ialah mereka semakin akrab dengan musuh Islam, iaitu Yahudi dan menjadi orang Islam yang menghalalkan judi.

Di samping itu, tidak segan silu menyerah telaga minyak kepada negara lain dan yang terbaru buat hal pula dengan tanah KTMB di Singapura.

Semua umat Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar perlu mencurigai Melayu-Islam dalam UMNO. Golongan yang mengetepikan halal-haram dan dosa-pahala itu telah dipertikaikan keislaman mereka. Agamawan dalam UMNO dan alim-ulamak yang menyokong mereka juga menimbulkan syak wasangka dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia (Islam dan bukan Islam) tertanya-tanya tentang tuju arah Melayu-Islam UMNO yang semakin hanyut dalam lautan kemaksiatan. Tindakan golongan tersebut bukan sahaja membingungkan malahan juga menggerunkan. Tidakkah mereka mengambil kira kesan buruk perjudian? Mengapa mereka memilih jalan mudah memperoleh wang tetapi mengundang kemudaratan? Berapa ramaikah yang akan bankrap dan dikejar along hasil penglibatan dalam judi bola sepak Piala Dunia 2010 itu nanti?

Tndak-tanduk UMNO belakangan ini menyerlahkan kecenderungan mereka kepada arak, judi, dan perempuan. Persepsi rakyat ialah pemimpin-pemimpin UMNO terlibat sama ada dalam ketiga-tiga aspek itu atau mana-mana dua daripadanya atau sekurang-kurangnya satu daripada tiga yang disebutkan itu. Sehubungan itu, perlukah kita menaruh harapan yang tinggi kepada golongan yang ternyata bobrok itu?

UMNO yang sedang dihanyutkan oleh arus kemaksiatan itu perlu dijauhi. Rasionalnya ialah keengganan Najib untuk membicarakan isu haram ini. Mereka yang cakap berdegar-degar tentang isu kalimah Allah sebelum ini pun diam membisu. Kewujudan sindrom itu menunjukkan bahawa UMNO dan suku-sakatnya mengamalkan ajaran Islam secara berpilih-pilih. Dakwaan Pakatan Rakyat terhadap mereka tentang perkara ini tiada yang tiada benar, melainkan benar belaka.

Kejahilan menyebabkan UMNO melenting tak tentu fasal apabila menentang keputusan mahkamah. Di luar negara, termasuk negara-negara Arab, penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian bukan lagi satu isu. Bible dalam bahasa Arab telah lama menggunakan kalimah Allah. Yang anehnya, apabila mereka terjerat dalam isu ini di Sibu, tahu pula mereka takut kerana tak terlawan. Terketar-ketar minta bantuan PDRM supaya isu itu tidak dijadikan modal pilihan raya. Tak ada telur betul mereka ini. Namun, kebenaran tidak dapat disembunyikan. UMNO-BN-SUPP tersungkur membaham tanah di Sibu !!!!


ruhan

No comments:

Post a Comment