ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 May 2010

UMNO...parti yang memerintah tergamak merogol kehidupan rakyatnya sendiri ....!!!!

Bangunan UMNO: Najib Wajib Siasat Kalau Anak Jantan


Najib dilaporkan berkata:

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”


Tetapi bukankah Najib Tun Razak sendiri pernah mengkonfirmasi fakta ini:

”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO



Nah, bukan kah Najib, sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO, telah mengakui fakta ini. Mengapa harus takut untuk membuat sebuah siasatan yang menyeluruh?

UMNO AKAN NAMPAK LEBIH BURUK KALAU KES INI MELETUP

Hakikatnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan telah diberikan kepada UEM oleh Kerajaan Malaysia. PAda waktu yang sama, UEM adalah sebuah syarikat milik Hatibudi Sdn Bhd yang dipunyai oleh UMNO.

Dengan kata lain, untuk menyelamatkan Bangunan UMNO dari dilelong, maka konsensi Lebuhraya Utara Selatan telah diberi pada syarikat UMNO bernama UEM. Pemberian ini jelas tidak BERAKHLAK dan TIDAK BERMORAL kerana Hatibudi Sdn Bhd adalah syarikat pemegang amanah bagi UMNO di mana 4 dari pemegang amanah dalam Hatibudi juga duduk dalam Kabinet Malaysia: Dr Mahathir, TUn Ghaffar Baba, Sanusi Junid serta Daim Zainuddin.

Nilai konsessi ini dianggarkan mencapai RM54billion. Kita boleh kata bangunan UMNO dibayar dengan wang haram kerana rakyat Malaysia rata-rata dipaksa membayar tol setiap kali menggunakan Lebuhraya PLUS.

Rupa-rupanya, kita bayar tol semata-mata untuk mengkayakan UMNO dan memastikan Bangunan UMNO tidak dilelong. Patutlah, setiap kali selepas Pilihanraya Umum, kadar tol pasti dinaikkan. Semuanya untuk menampung kos pilihanraya UMNO semata-mata.

Yang herannya, bila syarikat2 UMNO bangkrap dan terlungkup, rakyat juga yang terpaksa “bail-out” i.e. LRT dsbnya. UMNO untung rakyat rugi.

Nasib lah orang Melayu dan rakyat Malaysia diperintah oleh sebuah parti yang tergamak merompak rakyat sendiri.

Tulang Besi....“Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra “

No comments:

Post a Comment