ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 May 2010

BUKAN NAMANYA TENTERA MUSLIMIN KALAU DAH MENTEDARAH MAKANAN HARAM....BUKAN JUGA KERAJAAN MUSLIMIN KALAU MENGHALALKAN YANG HARAM JADI HALAL..TU PASAL AKAL DAN PERBUATAN INGAT NAK BUAT BENDA HARAM AJE...!!!!.

Kalau diteliti banyak kerusi samada Dun atau Parlimen yang PR kalah ke tangan UMNO-BN adalah kerana faktor undi Pos. sama seperti gugusan Felda yang merupakan asset penting dan penyelamat kepada UMNO-BN.

PRK Dun Bagan Pinang yang terletak didalamnya kem tentera terdiri daripada pengundi pos seramai 4,925 daripada keseluruhan pengundi 14,192. BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis dan petugas SPR. Di PRK Sibu Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi. Undi pos yang dikeluarkan 2,827. Undi pos yang dikembalikan 2,637 dan BN telah memperolehi 2,323(82.17%) manakala PR telah memperolehi 70 undi(2.47%) serta Bebas memperolehi 36 undi. Mejoriti : 2,253 (33 kali ganda).

Kenapa berlaku demikian. Nak katakan tentera makan rasuah UMNO-BN. Takkanlah harga tentera Malaysia terlalu murah dengan boleh ditukarkan dengan harta benda dan wang ringgit. Nak katakan tentera kita takut sebab diugut. Rasanya macam tak munasabah. Kalau tentera takut dan mudah diugut nescaya boleh terbalik Negara. Mereka mudah diugut dan boleh diperalatkan oleh musuh. Ini bermakna Kementrian Pertahanan gagal dalam melahirkan tentera yang bermutu. Nak jawab kerana dipaksa ish cukup lemah dan tidak munasabah bahkan Allah sendiri berfirman bahawa mereka yang hanya member alas an dipaksa tidak diterima Allah Swt sebagaimana firmannya dalam surah al-Nisa’ : 97

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

97. Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?”. mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang dipaksa”. para malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?”. orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.

Kalau mereka tidak dipaksa mungkin inilah puncanya. Cuba lihat gambar dibawah. Rasanya inilah antara puncanya. MAKAN MAKANAN HARAM.


















Kesan dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sukar untuk diajak menyatu dengan hal-hal yang positif, seperti : dibuat zikir tidak khusuk, berdoa tidak sungguh-sungguh dan hati tidak tawakal kepada Allah. Daging yang tumbuh dari makanan yang haram selalu menuntut untuk diberi makanan yang haram pula. Seseorang yang sudah terjebak dalam lingkaran ini sukar untuk melepaskannya, sehingga secara tidak langsung menjadikan hijab atau penghalang seseorang memperolehi getaran/ cahaya Illahiyah Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta. Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya. Hati yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai-nilai kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu-debu, sukarlah cahaya menembus nya. Tapi dengan zikir dan menjaga makanan haram, hati menjadi bersih bercahaya. Tetapi kalau binatang ini jadi makanan. Apa akan jadi?

Apakah hukum Memakan Kera atau Monyet? Berkata Abu Umar bin Abdul Birr: Telah disepakati muslimin bahawa tidak harus memakan kera berdasarkan larangan Rasulullah SAW. Syeikh ad-Damiri menyatakan bahawa: Makan kera adalah haram disisi kami (ulama Syafie). Ini adalah pendapat ikrimah, ‘ata, Mujahid, Hasan dan Ibnu Habib. Ibn Qudamah berkata dalam kitab al-Mughni: ia diharamkan dengan sebab binatang liar yang yang buas, bertaring serta kotor. Tidak harus menjualnya. Kata Ibn Abdul al-Barr: Tiada aku ketahui ada ulama muslim yang mengharuskan untuk memakannya. Kesimpulannya hukum memakan kera adalah haram didalam mazhab Syafie berdasarkan ayat: “Dan Allah mengharamkan perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-‘Araf).

Rezeki daripada haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.

Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ . إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firman-Nya bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah al-Baqarah, ayat 168-169).

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: Beliau membacakan ayat diatas di sisi Rasulullah Saw. Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda :

Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima oleh Allah. Orang yang beriman digesa agar segala amalnya bersih, jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih. Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada hiasan pakaian yang bersumberkan yang haram.

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

FIRMAN Allah bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Dan kalaulah dharurat ada pula syarat-syaratnya seperti terlalu lapar yang amat sangat dan sudah tiada makanan halal untuk menampung supaya tidak mati kelaparan. Kalau terpaksa memakannya hanya sekadar mengelakkan mati untuk diteruskan pencarian dan bukannya makan dalam keadaan redha dan gelak ketawa bahkan dengan kenyang sekali. Kalaulah hutan Malaysia ini banyak lagi perkara yang boleh dimakan termasuk buah-buah kayu, dedaun maupun kulit atau batangnya. Kalaulah latihan tetapi bukan untuk dharurat kerana perkara yang haram bukan untuk mainan.

Kalaulah makanan yang haram kita tanpa segan silu memakannya nescaya tiada sekatan untuk memilih atau menyokong tindakan pemerintah yang melakukan tindakan-tindakan yang haram.

Sumber: best1of4.blog

No comments:

Post a Comment