ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

19 May 2010

BN/UMNO/APCO....penghisab darah rakyat.....

"Assalamualikum,,..

Tindakan mencekik rakyat oleh kerajaan Malaysia selepas PRK Hulu Selangor dan Sibu melibatkan kutipan tungggakan saman yang melampau.Mula mula JPJ mengeluarkan kenyataan bahawa saman lewat bayar akan dipenaltikan dan kemudian Polis mengatakan mereka memberhentikan diskaun kepada jumlah kompaun saman untuk mengelak kekeliruan.Akibatnya saman speed track yang dulu hanya sebanyak RM150-00 menjadi RM300 dan saman tidak pakai topi keledar menjadi RM200-00.

Ambik kau rakyat Malaysia yang budiman.Duit yang ditabur di PRK Hulu Selangor dan Sibu sedang dikutip kembali dari rakyat.SSM juga tidak mahu ketinggalan dalam usaha mengutip semula duit kerajaan(rakyat) yang habis di 2 tempat ini.Selepas ini mungkin beberapa agensi lain akan turut serta memperbanyakkan saman tanpa budi bicara dan tanpa belas kasihan kepada rakyat yang didahulukan kerana pencapaian(kutipan saman tertinggi) diutamakan.1Malaysia, yahoo....

Tengah hari tadi aku ke balai polis untuk menyelesaikan saman seorang kawan.Terkejut beruk apabila diberitahu saman speed track sekarang ini RM300.00 oleh kerani bertugas di mana katanya rayuan sudah dihapuskan, dan jumlahnya sudah ditetapkan sebanyak RM300.00 ia itu jumlah maksima kompaun termasuk ke atas saman lama yang tidak dijelaskan seperti saman kawan aku yang bertarikh pada tahun 2009.Semasa di balai ada seorang hamba ALLAH yang juga tidak membayar samannya yang bertarikh pada tahun 2008 atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan kompaunnya ialah RM200.00.

Bukti jelas bahawa sekarang ini kerajaan sedang mendahulukan rakyat untuk mengutip kembali duit yang hilang di 2 PRK dan pencapaian agensi pengutip saman diutama.Kecekapan agensi agensi ini akan diukur dengan kemamupuan mereka mengutip saman tertinggi.Oleh itu selain dari mengutip saman saman tertunggak, saman baru juga semakin banyak dikeluarkan.Nampanya tidak ada lagi budi bicara kaki tangan terbabit, asal ada sahaja peluang pasti saman akan dikeluarkan.

Buktinya, seorang kawan aku disaman kerana parking kereta di tepi jalan dengan isteri dan anak anaknya masih di dalam kereta dan apabila dijelaskan oleh kawan aku itu bahawa beliau parking sekejap sahaja di tepi klinik kerana nak beli ubat, polis terbabit tidak menghiraukannya seolah olah dia tak pernah sakit dan tak pernah beli ubat.Inilah dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga kerana sudahlah anaknya sakit dan perlukan ubat yang terlalu sukar didapati di hospital kerajaan, terpaksa pula membayar saman kerana ketiadaan parking di sekitar klinik tersebut.Aku agak kawan aku akan bising lagi apabila membayar saman nanti kerana jumlah kompaun mungkin dinaikkan kepada tahap maksima.

Polis bertugas semacam diberi arahan atau mungkin juga ditetapkan kota saman dan sudah tidak dibenarkan menggunakan budi bicara dengan melihat kesukaran yang dilalui rakyat ketika melakukan kesalahan yang tidak begitu membahayakan orang lain.Satu lagi kejadian yang aku nak kongsi di sini ialah kejadian di balai polis tengah hari tadi.Ketika aku selesai bayar saman, masa makan tengahhari sudah tiba tetapi ketika itu masuk beberapa orang pemuda yang nak bayar saman juga.Mujur juga kerani kaunter saman itu peramah dan masih melayan pemuda pemuda tersebut sambil berseloroh, itu masa makan tengahharinya.Setelah salah seorang pemuda itu menyerahkan notis saman, kerani tersebut membaca kesalahannya, motosikal tiada cermin sisi lalu dijawab oleh pemuda tersebut, bukan salah saya yang menarik perhatian aku untuk bertanya kenapa.Pemuda itu lalu menceritakan bahawa cermin motornya kena curi dan kena saman kerana tidak menggantikan cermin motornya yang kena curi.

Oleh kerana masa itu masa makan tengah hari kerani tersebut(yang aku kenal) dan aku tidak mahu mengambil lebih banyak masanya, aku terus beredar sambil berfikir malangnya rakyat Malaysia kerana sering ditimpa kejadian sudah jatuh ditimpa tangga dan pihak yang diharapkan untuk menjaga rakyat nampaknya sudah menjadi harapkan pagar,pagar makan padi.Tambah menyedihkan aku, orang baik baik dan rakyat biasa yang mungkin kurang arif tentang undang undang sering menjadi mangsa dicekik.Kalau yang datang bayar saman tu mat rempit ker, atau pelumba haram ker atau samseng jalanan ker, aku tak kisah, tetapi yang datang adalah orang orang biasa yang baik baik.Sedih sungguh melihat rakyat yang didahulukan dan pencapaian diutamakan oleh 1Malaysia sekarang ini.Rakyat didahulukan untuk mengutip balik duit yang habis. pencapaian kutipan saman tertinggi diutamakan.Mampuslah kau BN/UMNO, hisap darah rakyat.


notan

No comments:

Post a Comment